BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 19, 2008

Gambar-gambar


Antara wajah-wajah ceria di waktu awal program di jalankan....

Kelihatan para-para gadis jelitawan sanggup menolak istilah puteri lilin... ;-)

Pelajar lelaki juga tidak kurang hebatnya...masing-masing menunjukkan bakat yang terpendam... :-D

Jangan ingat pelajar lelaki jer hebat...pelajar perempuan sekarang boleh tunjukkan bakat-bakat yang terpendam...heee


Pelajar bertungkus lumus menjayakan program ini..
Hmm...kelihatan makanan yang enak lagi berzat sedang disajikan untuk program ini...;-)

Sukaneka FPI ( Exco Sukan dan Rekreasi )

20/07/08 – Sukaneka FPI ( Exco Sukan dan Rekreasi )

Pada tarikh 20 July 2008 ni, FPI telah mengadakan sukan dan rekreasi...alhamdulillah kerana semua nya berjalan dengan lancarnya..

Tujuan mengadakan program ini banyak kebaikan nya..antaranya kami dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita...selain itu..dari program ini lah kami dapat mengerahkan segala tenaga, kebolehan dan keupayaan masing-masing..

Diharapkan pihak atasan dapat mengadakan program-program seperti ini di masa akan datang..malah akan menganjurkan program-program yang sihat dan lebih hebat yang dapat memberi makna untuk FPI serta tidak dapat dilupakan dari memori para-para pelajar....

Kami sempat merakam kan gambar-gambar para pelajar yang terlibat dalam program ini...Jom kita tengok...yang xsempat di"flash" kan kat sini,maaflah ye..kamera limited..kalo sesiapa ada cadangan yang menarik, gambar-gambar yang menarik yang hendak di 'post' kan,sila email kan kepada kami...

EMAIL : persepsi.ict@gmail.com

atau SILA MASUK ke Group Google Discussion kita yang di tag kan di atas..semua boleh di pos di sana tanpa batasan... :-)

Monday, August 4, 2008

Keramat hanya dimiliki ketika hidup

Persoalan Agama: Keramat hanya dimiliki ketika hidup


Soalan:
SAYA ingin tahu mengenai kisah luar biasa atau keramat yang diberikan oleh Allah SWT kepada wali. Apakah kedudukan sebenar keramat dalam Islam.

Nur Hisham Ali,
Kajang, Selangor.

Jawapan:
WALI pada perkataannya bermakna dekat. Maka, satu daripada pengertiannya ialah orang yang taat mengerjakan perintah Allah, mencintai Allah dan sentiasa menghampirkan diri kepada Allah dengan amal ibadatnya.

Karamah ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada hamba Allah SWT yang beriman dan sentiasa taat kepada-Nya dan perkara luar biasa itu tidak bertentangan dengan syarak.

Contohnya kisah Khalifah Umar ibn al-Khattab. Pada suatu hari beliau sedang berkhutbah di atas mimbar masjid di Madinah, tiba-tiba beliau seakan-akan melihat tenteranya dikepung musuh.

Umar pun berteriak: "Naiklah ke atas bukit". Teriakan itu dapat didengari pasukan tenteranya, lalu mereka naik ke atas bukit. Selepas askar itu kembali daripada peperangan dengan memperoleh kemenangan, mereka menceritakan apa yang berlaku itu kepada orang Islam di Madinah. Maka masing-masing mengetahui betapa Allah SWT mengurniakan karamah kepada Saiyidina Umar tanda memuliakannya.

Perlu juga diingatkan bahawa karamah harus berlaku kepada orang yang hidup dan tidak kepada orang yang sudah meninggal dunia. Ia adalah anugerah Allah SWT sebagai kelebihan dan keutamaan kepada hamba-Nya yang taat.

Bagaimanapun, perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang boleh juga disebabkan sihir, istidraj dan maunah.

Menurut pandangan Islam kepercayaan kepada keramat kubur, keramat orang yang melakukan dosa besar atau membiasakan dosa kecil atau keramat pokok kayu adalah khurafat. Kepercayaan yang sedemikian adalah syirik.

Nabi Isa penerus syariat dibawa Rasulullah

Muhammad Rasul terakhir, penurunan al Maseh tegakkan agama Islam

Soalan:
NABI Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul terakhir yang diutuskan Allah kepada umat manusia. Apakah hukumnya jika seorang Islam masih ragu-ragu dengan menyatakan bahawa Allah SWT akan menurunkan seorang lagi nabi pada akhir zaman ini.

Saya pernah mendengar ceramah menyatakan bahawa pada akhir zaman nanti sebelum berlaku kiamat, Nabi Isa akan diturunkan ke dunia untuk mengembalikan umat Islam ke jalan kebenaran. Adakah ini benar atau kepercayaan karut?

Nurhaliza Yusof,
Batu Kawan, Pulau Pinang.

Jawapan:
UMAT Islam wajib beriman bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah al-Ahzab 33, ayat 40 yang bermaksud: "tetapi Baginda adalah Rasul Allah dan kesudahan segala nabi."

Mengenai penurunan Nabi Allah Isa as pada akhir zaman, ia adalah benar. Kenyataan ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra: yang bermaksud: "Demi Tuhan diriku di tangan-Nya, sesungguhnya telah dekat waktunya (kiamat), akan diturunkan di kalangan kamu Ibn Maryam yang akan menghukum dengan adil.

Maka Baginda akan memecahkan salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah (harta benda melimpah ruah sehingga tiada seorang yang memerlukannya). Sehingga semua sekali sujud kepada Allah adalah lebih baik daripada dunia dan isinya".

Kemudian Abu Hurairah menjelaskan satu ayat dalam Surah an-Nisa' 4: ayat 159 bermaksud : "Dan tidak ada seorang pun daripada kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) melainkan mereka akan beriman kepadanya (Nabi Isa as) sebelum wafat Baginda, dan pada Hari Kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perlu diingatkan bahawa penurunan Nabi Isa as pada akhir zaman bukan membawa syariat baru, tetapi Baginda meneruskan syariat Nabi Muhammad SAW yang menjadi syariat terakhir sehingga hari kiamat.

Ulul Albab: Israk Mikraj motivasi ketuanan umat

TUMPUAN: Sebelum Islam diterima di Kota Suci Makkah pelbagai tentangan terpaksa dihadapi Nabi Muhammad untuk memperluaskan ajaran Islam. - Gambar hiasan


Muslimin mesti mantapkan silaturahim, mengota ikatan janji sesama sendiri

DALAM satu kaedah fekah ada disebut iza daqa al-amru ittasa', maknanya jika sesuatu perkara sudah sampai ke tahap yang sempit maka ia akan menjadi luas.

Contohnya, jika kita dalam keadaan lapar kemudian kita tidak temui makanan yang halal, selain makanan haram maka kita dibenarkan untuk memakannya kerana darurat. Kaedah fekah ini banyak digunakan dalam konteks siasah syariah yang sememangnya berdepan dengan isu semasa yang tidak ada nas syarak sarih atau jelas mengenai satu-satu masalah.

Kaedah ini adalah hadiah berharga daripada ajaran Islam kepada seluruh manusia kerana rahmat Allah akan diberikan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya di mana satu daripada fenomena rahmat ini ialah jika seseorang menghadapi satu kesempitan pasti akan diadakan jalan untuk menyelesaikannya selagi individu berkenaan ingat kepada Allah SWT.

Nabi Musa AS dan pengikutnya, Bani Israil ketika dalam kesempitan tidak ada jalan di hadapan kecuali laut yang melintang luas apabila dikejar Firaun dan tenteranya, mendapat penyelesaian serta-merta daripada Allah SWT. Al-Quran mengisahkan maksudnya: "Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.


Selepas kedua-dua kumpulan nampak satu sama lain, berkatalah orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan." Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fakir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolongan-Nya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku." Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu".

(Selepas dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ. Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang yang bersama dengannya, semuanya. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya)." (Surah al-Syu'ara: 60-66)

Satu pengajaran daripada kisah ini ialah apabila kita sudah sampai ke satu tahap yang sempit maka ia akan menjadi luas. Hal ini juga yang berlaku kepada junjungan besar Muhammad SAW. Apabila Baginda sudah sampai pada satu tahap yang sudah tidak boleh bergerak lagi dalam penyebaran dakwah Islam di Makkah, maka Allah menjadikan peristiwa Israk Mikraj untuk Baginda sebagai tanda bukti sokongan kepada Baginda.

Pada hari sebelum peristiwa Israk Mikraj ada beberapa kejadian yang membuat Baginda berasa sedih, antaranya apabila bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isteri Baginda, Khadijah meninggal dunia. Mereka berdua adalah tulang belakang permulaan dakwah Islam di Makkah. Ketika Baginda pergi ke Taif dengan harapan untuk mendapat perlindungan daripada penduduk kawasan itu, sebaliknya pula sambutan diterima, iaitu Baginda ditentang dan diusir balik ke tempat asal. Dalam misi Taif ini, Baginda mendapat dugaan yang tidak kalah beratnya daripada apa yang didapati di Makkah.

Penduduk Taif membaling Baginda sehingga darah mengalir daripada wajah Baginda walaupun mempertahankan muka dengan sepasang seliparnya sambil duduk. Kejadian yang membuat marah malaikat penjaga gunung Taif dan mereka meminta kebenaran Baginda untuk membenamkan penduduk Taif ke dalam bumi tapi tidak dibenarkan Baginda kerana Baginda percaya penduduk terbabit akan menerima Islam.

Oleh kerana penerimaan penduduk bumi terhadap Nabi sedemikian rupa, maka peristiwa Israk Mikraj ini menjadi penglipur lara dan penghibur hati Baginda. Ia adalah isyarat kepada penghuni bumi (Makkah dan sekitarnya) bahawa jika mereka tidak mahu menerima Muhammad maka penghuni langit akan menerimanya dengan senang hati dan penuh bangga. Betapa tidak, bukankah Muhammad makhluk paling mulia di sisi Allah?

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah kemuncak penghormatan dan pemuliaan Allah terhadap nabi-Nya yang bernama Muhammad yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa pun juga termasuk malaikat kanan, Jibril AS. Dalam peristiwa yang berlangsung beberapa bulan sebelum hijrah ke Madinah itu, Allah SWT sudah menghampiri dan terus bertambah hampir, sehingga antara-Nya dengan Muhammad antara jarak anak panah dengan busurnya, atau lebih hampir daripada itu. Nabi Muhammad pada kemuncak itu sendirian, manakala Jibril AS berada pada kemuncak yang lain yang lebih rendah daripada kemuncak yang dicapai Nabi junjungan SAW. Di situlah berlaku suatu munajat besar dengan Allah SWT.

Di situ juga disampaikan wahyu langsung daripada Allah. Dan di situ juga berlaku penglihatan terhadap wajah Allah. Sebenarnya peristiwa Israk Mikraj lebih luas dan lebih umum daripada menjadi sesuatu peristiwa sejarah semata, dan sesudah itu tidak ada lagi yang harus dikata dan dibicarakan. Ia adalah suatu gambaran bagi kehidupan Muslim dan mengandungi pelbagai nasihat serta contoh teladan yang hampir tiada dikenali manusia. Muhammad sudah dipilih oleh Allah untuk memikul perutusan-Nya.

Akan tetapi sebelum itu Allah sudah membentuk peribadinya terlebih dahulu sehingga diserahkan kepadanya tanggungjawab kenabian. Jika umat Islam memiliki pemimpin seperti Nabi Muhammad SAW sudah semestinya mereka berasa bangga dan jika mereka berasa bangga, maka sudah sepatutnya mereka akan menerima dan mengamalkan risalah Islam sepenuhnya. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita sudah perhatikan lalu yakini betapa tinggi dan luhur kedudukan junjungan besar kita.

Ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah berimbas kepada umat Baginda. Mereka juga tinggi kedudukan mereka di sisi Allah sehingga melayakkan mereka untuk menjadi tuan umat manusia sekalian. Umat Islam diangkat oleh Allah untuk menjadi saksi ke atas semua peristiwa yang berlaku ke atas manusia. Allah berfirman maksudnya: "Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (mengenai yang benar dan yang salah)." (Surah al-Baqarah: 143)

Ketuanan umat Islam ke atas umat yang lain adalah pilihan Allah menerusi imbasan peristiwa Israk Mikraj yang berlaku ke atas Nabi mereka. Ketuanan ini mesti digunakan dengan sebaik-baiknya. Mereka harus menyedari tali persaudaraan mereka yang mengalir dalam darah daging mereka. Mereka mesti memantapkan hubungan silaturahim mereka yang terjalin menerusi minda mereka.

Dan mereka mesti mengotakan ikatan janji yang sudah mereka buat sesama sendiri. Ketuanan umat Islam ke atas umat manusia sejagat ini tidak akan direalisasikan dan kemudian kekal berlaku jika mereka melupakan ajaran al-Quran bermaksud: "Nabi Muhammad ialah Rasul Allah; dan orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir (yang memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).

Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) daripada Tuhan mereka serta mengharapkan keredaan-Nya." (Surah al-Fath: 29) Wallahu a'lam.