seperti yang saudara saudari sekalian sedia maklum,API telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang sem yang baru bermula 15 Jun 2009...alhamdulillah,setakat ini kesemua pelajar API yang terdiri daripada DUUS,DPIK,DPPI,DPSM,DKS,DSI,STAM,DTQ dan DU semua telah mengambil bahagian....
pada 22 Jun 2009, pelajar API telah berkumpul di fakulti pada awal pagi lagi kerana tidak sabar-sabar untuk mengambil keputusan peperiksaan yang telah dikeluarkan oleh hari itu..pelbagai gelagat dan telatah dapat disaksikan apabila mereka mendapat tahu keputusan masing-masing..ada yang gembira,ada yang sedih,ada yang frust dan ada juga yang macam xde perasaan je...selepas itu, pelajar-pelajar telah pergi ke pejabat pensyarah masing-masing untuk mendaftar subjek..
pada 24 Jun 2009, Persepsi telah menjalankan aktiviti gotong royong fakulti..acara bermula seawal jam 9pagi..walaupun pada pagi hari tersebut hujan turun dengan renyai-renyai,namun ia tidak mematahkan semangat kesemua pelajar API yang terlibat..antara aktiviti yang dilakukan semasa gotong royong itu adalah membersihkan bilik-bilik kuliah dan dewan seminar yang terdapat di dalam kawasan API meliputi bahagian KDIAM dan FPI yang lama..seterusnya, sebahagian daripada pelajar juga telah diamanahkan untuk membantu staf-staf dan pensyarah API untuk mengemas bahagian pejabat pentadbiran API dan bilik-bilik pensyarah..terdapat kuih dan air percuma disediakan untuk para pelajar..aktiviti tersebut berakhir kira-kira jan 12 tengah hari..........
Tuesday, July 14, 2009
AGENDA API SEPANJANG AWAL SEM BARU INI....
Posted by admin at 10:09 PM 0 comments Links to this post
Penggabungan yang telah lama dinantikan..
alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin limpah kurnianya, Fakulti Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Melaka telah bergabung bersama Kuliyyah Dirasat Islamiah Arabiah (KDIAM) untuk membentuk sebuah Akademi Pengajian Islam...melalui penggabungan ini juga, kesemua staf-staf serta persatuan pelajar FPI iaitu PERSEPSI telah bergabung dengan persatuan pelajar dari KDIAM iaitu PERSIDA..penggabungan kedua-dua persatuan ini juga telah mewujudkan satu lagi pilihanraya kecil bagi Akademi Pengajian Islam yang telah diadakan pada 10 Julai 2009...dan keputusan dari pilihanraya tersebut telah diumumkan pada malam itu juga...dan saf-saf kepimpinan baru ini akan memulakan tugas mereka bermula dari minggu ini...segala laporan mengenai penggabungan antara dua fakulti ini akan disiarkan didalam blog ini secepat mungkin..begitu juga dengan saf-saf kepimpinan yang baru dilantik...diharap kepada semua pelajar-pelajar dan bekas pelajar API dapat bersabat untuk beberapa ketika dan terus manyokong persatuan peklajar bagi Api..sekian...wassalam....
Posted by admin at 6:51 PM 0 comments Links to this post