BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 16, 2009

pErInGatAn!!










Sunday, January 11, 2009

[Puisi] Gaza diletup lagi

Bumi Palestin terus berdarah
Siang malam hentuman senjata memecah
hembusan angin membawa perkhabaran derita
tiup bawa sekali cerita syahid
Seorang demi seorang menjadi mangsa
Tidak mengenal yang tua yang muda
Tidak pedulikan anak-anak tidak berdosa
Wanita warga tua semua menjadi mangsa

bagai membawa sumpahan kepada warganya
Setiap dari mereka bakal menghadapi kematian penuh darah
Bau darah menyimbah terus ke bumi
Di zahirnya kelihatan bagaikan nada-nada pilu

Di sebalik kepahitan tersimpan
Mereka dijanjikan Allah SyurgaBerjuang dengan penuh berani
Membaling batu-batu kecil
Menggantikan das-das hentaman senjata Israel

Satu persatu bergegar bumi Palestin
Menerima kekejaman pendatang bukan izin bernama Israel
Di sebalik air mata yang mengalir di pipi merekadada mereka bergetar menyahut seruan intifadha
Allahu Akbar!

Semoga tabah saudara-saudara Islamku di bumi Palestin..
Doa kami sentiasa mengiringi perjuanagn kalian, walaupun kalian tidak membaca tulisan kami...Kami bersimpati, namun tidak tahu cara untuk membantuAnggap doa kami sebagai paduan hati-hati turut membantuSemoga kalian bakal menikmati damai yang selama kalian impikan...Semoga berjaya...amin.....

credit 2 miss hana_ilhami

Jangan Berhenti Berusaha!!

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya. Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali. Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia! Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu??

Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'. Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah. Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda. Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular.

Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

USAHA KITA : PILIHLAHNatijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai :A: Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut. B: Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih. C: Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat. D: Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam. Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya. Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya: Allah menyebut : "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu "(Riwayat Muslim)Sebahagian riwayat lain pula berbunyi yang bererti : "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan "( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)

AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!

Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya. Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya. Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus. Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin. Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?

MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa? Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworths, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang. Dan pada 6 Jan, Gordon brown bersetuju dengan cadangan rencatan senjata kedua belah pihak tetapi mengikut skima Bush, iaitu dengan pelbagai syarat yang tidak menyebelahi Palestin dan Hamas tentunya. Malah sebahagian syarat ini tidak mungkin dapat ditunaikan.

Saturday, January 10, 2009

Musnahnye Bumi Palestin.....

Laporan berita BBC sebentar tadi ( 29 Dis 08 jam 10 pm waktu UK) memaparkan petikan ucapan Setiausaha Agung United Nation, Ban Ki-Moon yang amat tidak waras lagi tidak beraqal. Namun sejuta maki hamun kita masih belum mampu membantu rakyat Muslim Palestin.

Mr Ban said he was "deeply alarmed" by the escalation of violence in Gaza. While recognising Israel's right to defend itself from militant rocket attacks, he condemned its "excessive use of force". (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/7803711.stm)Laporan bertulis BBC itu tidak memasukkan ucapan awal Ban yang mengecam Hamas sebagaimana yang disiarkan dalam berta mereka. Namun anda boleh mendengar sendiri ucapannya di link BBC di atas.Ban berkata :-"Kami mengecam serangan yang dilakukan oleh Hamas terhadap Israel, dalam pada masa kami mengakui hak Israel untuk mempertahankan dirinya, kami turut mengecam serangan besar-besaran yang dilakukan Israel"Nada selari tanpa aqal ini sebenarnya dikarang oleh White House sebagaiman dilaporkan oleh White House.The White House, meanwhile, said Monday that Israel was not looking to "retake" the Gaza Strip and was only acting to defend its citizens (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)

Demikianlah rupa United Nation yang begitu menikus dalam kenataaannya sehingga menafikan fakta, mujur laporan berita BBC kelihatan lebih rasional dengan kelihatan tidak berpuasa hati dengan serangan Israel, ia juga mendedahkan betapa rakyat Palestin di Gaza yang dipenuhi dengan orang awam diserang.Laporan mereka turut mendedahkan beberapa kawasan Israel yang diserang namun dengan jelas pengulas mengatakan, perasaan takut di kawasan Israel terlalu sedikit berbanding suasana menakutkan di Gaza.

KEMATIAN DAN KEMUSNAHAN

Di Gaza, dilaporkan sekitar 350 orang Palestin telah maut dimamah senjata dan sebahagian dari jumlah tersebut disahkan dengan rasmi adalah orang awam, kanak-kanak dan wanita serta orang awam tanpa senjata. Sekitar 1550 orang pula cedera. Manakala menurut laporannya hanya 4 orang Yahudi maut dalamserangan balas HAMAS.Sebuah keluarga diragut hidup mereka di waktu sedang tidur apabila rumah mereka terkena serangan bom, dinding runtuh dan hanya seorang sahaja yang selamat.OBJEKTIF SERANGANBerita BBC turut melaporkan, pihak Yahudi dilaporkan sengaja menyerang besar-besaran bagi meningkatkan rasa keyakinan terhadap pertahanan dan ketenteraan mereka serta menimbulkan rasa takut di kalangan musuhnya, terutamanya Hamas dan Hizbullah.Menurut Timbalan Perdana Menteri Yahudi, Haim Ramon ; Objektif utama mereka pula adalah menjatuhkan kerajaan pimpinan HAMAS, DAN MEREKA HANYA AKAAN BERHENTI SERANG APABILA KERAJAAN DIAMBIL OLEH SESIAPA SELAIN HAMAS!. (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)Motif tersirat adalah pembersihan etnik Palestin dari muka bumi.! Bukankah dahulu US dan kuncunya sibuk mempromosikan demokrasi ? dan HAMAS adalah kerajaan yang sah di pilih melalui sistem tersebut! Justeru mengapa diganggu dan ingin dijatuhkan secara keji!.Jurucakap tentera Israel, Avi Benayhu pula melaporkan serangan ini hanya baru di peringkat permulaan, berates-ratus kereta kebal Israel sedang berbaris di sempadan menunggu isyarat serang. Moga mereka hancur sebelum sempat menyerang.

YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan AmerikaUnder Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and(ii) appears to be intended• to intimidate or coerce a civilian population;• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila memulakan serangan tanpa sebarang perbincangan dengan kuasa dunia uyang lain.

BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.

Zaharuddin Abd RahmanSumber : www.zaharuddin.net30 Disember 2008

Seminar "Cabaran Umat Islam Masa Kini" 06/01/09

Sesi soal jawab bersama ahli2 panel kte....

Ahli panel yg menjayakan seminar "Cabaran Umat Islam Masa Kini"
dari kanan,Ustaz Asyraf,Ustaz Fadhluzaman,Ustaz Zulqarnain & Cik Aina...
Pensyarah fpi turun padang utk menjayakan seminar tersebut......


SISWI yang hadir ke seminar.....tahniah!!go gurlz


SISWA yg berjaya hadir ke seminar...tahniah!!

discuss pe tuh?khusyuk nyer abg2 nie..

semasa pendaftaran...

kak,pandang ape tuh?

sempat pose walaupn penat jge kaunter~