BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 31, 2009

tazkirah ringkas di bulan mulia..

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Wednesday, August 26, 2009

erti kemerdekaan..


alhamdulillah,tidak lama lagi,tanggal 31 ogos semakin hampir.bagi kita rakyat Malaysia pastinya tertunggu-tunggu hari tersebut kerana hari itulah hari yang telah mejadi sejarah terbesar dalam negara kita iaitu mengecapi kemerdekaan.

bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan,
kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini.
Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam
pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dalam konteks ini, setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing ada mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam
memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu. Dan dalam hal ini, kalaulah kita
tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula .iantang fahaman dan pandangan mereka terhadap ertinya kemerdekaan, mereka pula nanti berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas dari cengkaman kaum kapitalis. it bagi mereka, kemerdekaan bererti mereka dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

Dan kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis tentang fahaman dan pandangan mereka terhadap kemerdekaan, mereka pula akan berkata bahawa ia bererti terlepas
daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya. Dan bagi mereka,kemerdekaan bererti mereka dapat mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

Kepada golongan kapitalis pula, kemerdekaan bererti mereka dapat menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

Tuesday, August 25, 2009

Puasa Ramadan bantu tingkat ketahanan badan

Kajian menunjukkan amalan menahan makan dan bertadarus memberikan ketenangan

PUASA Ramadan yang difardukan kepada umat Islam bukan saja ujian kepada keimanan menahan nafsu makan minum, ibadat itu juga memberi kebaikan kepada tubuh badan terutama untuk menghapuskan toksin yang tersimpan selama ini.

Pengamal Perubatan dan Penceramah Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, berkata selepas sekian lama badan menerima makanan dan minuman yang memudaratkan, puasa Ramadan memberi peluang kepada manusia mengembalikan ketahanan tubuh badan.

Katanya, makanan serta minuman yang diambil sepanjang 11 bulan sebelum kedatangan Ramadan mungkin halal dari segi sumber dan bahan asasnya tetapi tidak semestinya makanan itu baik kepada kesihatan.

Oleh itu, sebulan Ramadan yang ditetapkan Allah untuk umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga membawa bersama hikmah kefarduannya menurut pandangan sains berdasarkan kajian dilakukan pelbagai pihak mengenai kaitan puasa dari aspek kesihatan.

"Memang asasnya niat puasa itu penting supaya kita tidak terbabas. Jangan kata niat kita puasa untuk kuruskan badan atau kurangkan kolesterol kerana tujuan utama puasa adalah mencapai status takwa dengan mentaati, sentiasa mengingati serta mensyukuri nikmat Allah.

"Namun di sebalik kewajipan itu tidak dinafikan banyak kebaikan diperoleh berdasarkan kajian dibuat mengenai kesan ibadat puasa terhadap sistem badan. Ini kerana makanan halal yang kita makan tidak semestinya toyyibah atau berkhasiat kepada tubuh badan," katanya.

oleh itu,janganlah kira curi-curi masa untuk ponteng puasa.kerana setip ape yang kita lakukan pastinya Allah akan melihat..renung-renungkanlah..

Thursday, August 20, 2009

mempersiapkan diri menghadapi ramadhan..

RAMADAN yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam bakal menjelma hujung minggu ini. Ada yang rindukan sahurnya, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus. Tarawih dan solat malam sudah tentu akan diisi maksimum mungkin dan diselangi tadarrus. Ramai juga yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah, kerana semuanya ingin menghambakan diri, menjadi hamba-Nya yang tulus.

Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama.

Indahnya Ramadan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga menjaga diri dari melakukan perbuatan maksiat. Yang halal dilakukan pada bulan yang lainnya menjadi haram pada bulan puasa, seperti makan pada siang hari dan melakukan persetubuhan antara suami isteri. Kerana itulah orang berpuasa dengan sebenar-benarnya adalah orang yang luar biasa.

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa."

Orang berpuasa ialah orang yang bertakwa. Mereka menjaga hati dari berasa sangsi terhadap kekuasaan Allah dan kebaikan saudara seagama. Mereka juga menjaga mata dari memandang sesuatu yang tidak selayaknya, menjaga hidung dari menghidu sesuatu yang mengurangkan pahala, menjaga telinga dari halwa yang membuai rasa dan suara yang membawa berita bohong, menjaga lidah dari membicarakan hal yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menipu dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lainnya yang menjadikan kita leka dari mengingati Yang Maha Berkuasa.

Friday, August 14, 2009

bulan syaaban...

BULAN Syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt.

• Ia adalah bulan yang membawa keberkatan.
• nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya.
• Baginda Rasulullah saw banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini.
• Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah swt pada bulan yang agung ini.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Nasaei dari Usamah bin Zaid ra berkata:
''Aku bertanya Rasulullah tentang bulan Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat sebagaimana beliau berpuasa dalam bulan Syaaban.
Baginda menjawab: ''Bulan yang banyak manusia lalai dan padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan Syaaban akan diangkatkan catatan amalan hamba kepada Allah swt. Dengan itu aku amatlah suka supaya diangkatkan amalanku ketika aku berpuasa."

Sebenarnya amal ibadat hamba diangkat oleh malaikat tiap-tiap hari manakala amal ibadat bulan Syaaban ini bolehlah dikatakan laporan tahunan bagi amalan hamba.

Hadis ini menunjukkan bahawa ramai yang lalai dalam bulan Syaaban ini. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat seperti mana mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa beribadat kepada Allah swt pada bulan Ramadan. Ini kerana adat Jahiliyah dahulu orang Mekah lebih mengutamakan dan memuliakan bulan Rejab dan melupakan bulan Syaaban.

Di antara hikmah digalakkan banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban ialah kerana selepasnya dituruti oleh bulan Ramadan yang diwajibkan berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasa pada bulan Syaaban merupakan perintis dan latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan puasa Ramadan sepenuhnya.

Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sudah tentu kuranglah rasa penat dan tidak terkejut untuk berpuasa dalam Ramadan nanti.

Sebuah hadis lagi yang memberi perangsang kepada kita umat Islam supaya mengikut sunah Rasulullah saw.

1. Dari Ummu Salamah meriwayatkan bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah Rasulullah saw berpuasa dalam setahun sepenuhnya kecuali bulan Syaaban. Kemudian baginda terus menyambung puasa Ramadan.

2. Al-Nasai dari Ummu Salmah berkata: ''Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Syaaban dan Ramadan.

3. Aishah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah berpuasa bulan Syaaban kesemuanya.

Berkenaan dengan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan bulan Syaaban pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Habban dalam kitab al-Sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya: Allah swt melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah.

Dalam hadis yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: ''Allah swt memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah.

Hadis-hadis ini menggambarkan kepada kita kelebihan bulan Syaaban yang sungguh istimewa. Ibadat mesti digandakan sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah yang membanyakkan puasa sunat. Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah swt sedia memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat.
Ibadat pada malam Nisfu Syaaban:

1. Ibadat yang khusus dilakukan pada malam itu ialah:

2. Sembahyang lima waktu, sunat dan tahjud.

3. Membaca al-Quran. Kalau tidak boleh menghabiskan semuanya, sekurang-kurangnya membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan, al-Hashr, al-Muzammil dan surah al-Mudathir.

4. Banyak beristighfar kepada Allah.

5. Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur.

Sebenarnya tidak ada doa khusus untuk dibacakan pada Nisfu Syaaban. Kita mesti ingat bahawa Allah swt sentiasa membuka pintu taubat bukan pada malam Nisfu Syaaban sahaja bahkan ia sentiasa terbuka waktu pagi dan petang, siang dan malam.

Peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban:

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah:

• Peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar. Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah.

Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Hikmah : Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

program orientasi API






Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya, program orientasi Akademi Pengajian Islam,’Salam Kemesraan’ telah selamat dijalankan. Walaupun pada awalnya terdapat beberapa halangan namun setelah 3 minggu ditangguhkan, akhirnya ia telah selamat diadakan pada 7-9 Ogos 2009. Kehadiran siswa-siswi dari semester 1 & 2 Akademi Pengajian Islam juga tidaklah mengecewakan..

Pendaftaran peserta telah dibuka seawal jam 5 petang pada 7 ogos bersamaan hari jumaat. Seterusnye kesemua peserta dibahagikan kepada 17 kumpulan sebelum masuk waktu solat Maghrib.. Selepas solat, majlis bacaan yasin telah diadakan diketuai oleh Ust. Salman bin Jonid. Selepas Isyak, semua peserta diarah agar duduk semula di dalam kumpulan masing-masing untuk memperkenalkan fasilitator mereka.. Setelah selesai semuanya,kesemua peserta diberi minum malam sebelum mereka dibenarkan pulang ke bilik masing-masing.

Pada 8 ogos bersamaan hari kedua program tersebut berlangsung, semua peserta telah dikejutkan seawal jam 4.30 untuk solat subuh. Selepas solat subah mereka telah disajikan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust. Afif bin Yahya. Seterusnya mereka dibawa keluar untuk senaman pagi yang diketuai oleh saudara Amer bin Yusof.

pada pukul 8.30 pagi selepas semua pelajar menikmati sarapan, mereka semua telah masuk ke dalam audi untuk mendengar taklimat daripada penyelaras semua program yang ditawarkan di akademi ini. dengan tiada apa-apa masalah,alhamdulillah kesemua taklimat dapat dihabiskan tepat jam 1 tengahari. selepas itu kesemua peserta bergarak ke masjid untuk solat zohor dan makan tengahari.

pada jam 2.30 ptg, semua peserta berkumpul kembali di dalam audi untuk meneruskan program LDK yang akan dijalan pada petang tersebut. Antara LDK yang dijalankan ialah debat antara pelajar dan boneka.. selepas itu mereka harus memperagakan boneka yang direka di atas pentas untuk memberi peluang kepada pihak juri mengira markah.

selepas itu semua peserta bergerak ke masjid untuk menunaikan solat asar..selepas solat, aktiviti riadah telah diadakan. antara acara yang dijalankan ialah futsal sambil kaki diikat bersama pasangan bagi siswa dan sukaneka bagi siswi..

pada malamnya pula selepas solat isyak, peserta telah menjalankan satu lagi LDK yang diberi nama pulau harapan.. di dala LDK ini, mereka dikehendaki mereka sebuah pulau yang memenuhi citarasa mereka dan mesra alam. selepas itu semua pesert telah disajikan dengan sebuah slide show sebelum mereka pulang ke rumsis untuk beradu..

pada keesokan harinya iaitu pada 9 ogos, semua peserta telah dikejutkan oleh uruseria pada pukul 4.30 pagi untuk qiamulail iaitu acara penutup bagi program orentasi tersebut..selepas solat subuh, semua peserta telah dibenarkan