BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 31, 2008

Israk Mikraj ubat duka Rasulullah

PERISTIWA Israk dan Mikraj adalah mukzijat besar Nabi Muhammad SAW. Menurut jumhur ulama, ia berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab tahun ke-11 kenabian bersamaan 622 Masihi dalam usia Baginda antara 51 atau 52 tahun.
Sebelum berlakunya peristiwa itu, Rasulullah SAW berhadapan dengan tahun kesedihan apabila isteri serta bapa saudara Baginda wafat sementara tentangan serta pemulauan oleh kaum Musyrikin semakin hebat. Israk dan Mikraj adalah kurniaan Allah untuk mengubat duka Rasulullah SAW yang mana sebelum itu Baginda didatangi Jibril bersama Mikail. Dada Nabi dibedah dan dicuci dengan air zamzam serta dimasukkan hikmah (bijaksana), iman, sabar, berani, ilmu, Islam (kepatuhan) dan dicap di belakangnya tanda kenabian dan dijahit semula tanpa sebarang bekas.

Israk ialah perjalanan Nabi SAW pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis dengan Buraq. Ketika mikraj Nabi SAW ke langit, pelbagai peristiwa dilalui Baginda termasuk pertemuan dengan Nabi Adam, Isa, Yahya, Yusuf, Idris, Harun dan Musa. Israk dan Mikraj adalah teropong analisis yang dianugerahkan Allah kepada Rasulullah SAW untuk melihat gambaran seterusnya menganalisa banyak hal. Tetapi pokok persoalannya ialah manusia dan alam sebagai sasarannya. Hal ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Untuk memperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan dan kebesaran Kami." (Surah al-Isra', ayat 1). Semua itu sebagai iktibar dan pengajaran kepada manusia dan alam sekali gus.

Antara peristiwa yang diperlihatkan ialah petani yang bercucuk tanam segera memungut hasilnya tidak henti-henti (gambaran pahala bagi orang yang berjuang dan bersedekah di jalan Allah) dan bau wangi kubur Masyitah serta anaknya yang berani mati mempertahankan keimanan di hadapan pemerintah zalim. Manusia yang memecahkan kepalanya sendiri dengan batu iaitu gambaran orang yang kepalanya berat untuk sujud bersembahyang selain manusia bercawat makan rumput dan buah berduri serta bara api kerana tidak mahu mengeluarkan zaka. Peristiwa lain ialah nanusia berenang dalam lautan darah, dan dilempar dengan batu gambaran orang makan riba atau bunga dan manusia yang menggunting lidahnya sendiri dengan gunting api iaitu gambaran orang pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian Kami kembalikannya serendah-rendahnya (iaitu balasan neraka)." (Surah at-Tin, ayat 4-5) Melalui peristiwa Israk dan Mikraj, kita dapat melihat beberapa macam kecenderungan manusia ke arah kebajikan dan kejahatan hasil daripada perjalanan hidup mereka di dunia.
Bagi Rasulullah SAW, Israk dan Mikraj semacam lawatan yang sasaran serta pelan tugas sudah ditentukan secara pasti oleh Allah dengan gambaran, dan analisis untuk panduan umat manusia sejagat.

Wednesday, July 30, 2008

Gotong Royong !!!

Pada tarikh 19 Julai 2008, kami berjaya menjalankan aktiviti gotong royong..hmm..agak penat la jugak..tapi lega juga apabila semuanya telah pun selesai...jom kita preview balik kesungguhan para pelajar yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini...



Yang cik kak kat atas ni tengah cuci tingkap ke atau tengah mengintai...jaga2 kak,jgn tercucuk mata kat tingkap tu..
Wah...bersungguh-sungguh betul gunting cik adeq ni..tapi...macam tengah menjahit pun ada..hehehe..

Wah..sapu bersih-bersih ek...Chayok !!!
Ni baru gentleman..nasib baik yang cuci ni lelaki..yang cik akak ni macam gembira jer..tenung ape tuh...heheee

Wah...Jaga-jaga kak..kalau jatuh kang, turun lak saham hantaran..hehe..ni para pelajar wanita yang bersungguh-sungguh memasang langsir demi kelasv tercinta.. :-D
Kipas yang agak ber"usang" yang telah tebal habuk nya telah selamat digilap oleh pelajar macho ni... ;-)

Eh, eh...kenape semua tangan meng hala ke sana nih?? ade angin 'twister' ker ???? Kakak baju hitam tu jer paling cool..die sorang jer meng hala tempat lain.. :-0

Sunday, July 13, 2008

Link to forum...

Okay guyz, here some link for us to discuss our issues currently or coming soon..please be informed that you should register in group in order to post ideas, information or anything into our forum section..

Click here to link to the forum..

Learning how to make your own website

Assalammualaikum..bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari bagaimana membuat laman web samaada berbayar atau percuma hosting dan domain nya,sila email saya...

docitis24@gmail.com

Kita akan mengadakan forum terbuka serta berbincang dengan lanjut dan mendalam akan datang..so for those interested in making your own website or blog,beside making side income (just for part time) for student or full time , and have a lot of enquiries,please don't hesitate to contact me.. thank you..

SalaM Ukhuwah....

Friday, July 4, 2008

OBJEKTIF PERSEPSI

1. Menjaga kebajikan dan merapatkan silaturrahim dalam kalangan ahli-ahli persatuan.
2. Merencana dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan siswa-siswi FPI.
3. Peka dan prihatin terhadap perubahan dan perkara-perkara yang berlaku khasnya di FPI.
4. Melahirkan siswa-siswi yang berkebolehan serta berdaya saing untuk membangunkan FPI.
5. Membentuk pemimpin yang berkarisma serta mempunyai fikrah Islamiyyah yang mampu

menangani isu-isu semasa.
6. Membantu fakulti dan menjadi perantara antara pihak pengurusan fakulti dengan siswa-siswi FPI.

IFTITAH PERSEPSI

Penubuhan saf kepimpinan Persatuan Siswa-Siswi Fakulti Pengajian Islam (PERSEPSI) merupakan perintis bagi siswa-siswi FPI agar lebih maju ke hadapan. Ianya telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997. Penubuhan persatuan ini pada mulanya menggunakan nama ISMAS atau Persatuan Pengajian, namun telah ditukarkan kepada PERSEPSI bermula pada penggal kedua sesi 1998/99. Persatuan ini kini diterajuai seramai empat belas orang ahli Majlis Tertinggi yang telah dipilih oleh siswa-siswi FPI sendiri melalui pilihan raya fakulti yang dipertandingkan setiap tahun di kolej ini. Jawatan-jawatan yang dipertandingkan adalah Yang Dipertua (YDP), Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari serta lapan orang exco di bawahnya. InsyaAllah, organisasi yang dibentuk ini mampu menjana pembentukan dan kecemerlangan PERSEPSI khasnya dan KTIAM secara amnya ke arah sebuah organisasi berwibawa dan mampu menangkis segala cabaran yang datang berteraskan al-Quran dan sunnah.

MISI FPI

Mendidik dan membimbing pelajar dengan ilmu yang berteraskan disiplin duniawi dan ukhrawi dalam menghadapi cabaran globalisasi kini.

VISI FPI

Membantu melahirkan pelajar yang berilmu dan memiliki sahsiah diri yang cemerlang dan gemilang.

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Fakulti Pengajian Islam (FPI) kini beroperasi dengan menawarkan empat diploma iaiti Diploma Pengurusan Dan Pentadbiran Islam (DPPI), Diploma Pengajian Islam Dengan Pembangunan Sumber Manusia (DPSM), Diploma Kaunseling (DPIK) dan Diploma Undang-undang Dan Syariah (DUUS).

VISI KTIAM

Melaksanakan usaha pendidikan dan pengembangan jalinan ilmu duniawi dan ukhrawi, latihan dan kemahiran berteknologi serta penyelidikan dan pembangunan sumber manausia berwadah Islam.

OBJEKTIF KTIAM

1. Melahirkan generasi muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran Islam berpaksikan al-Quran dan sunnah.

2. Melaksanakan dan mentarbiyyahkan pelbagai ilmu berteraskan Islam.

3. Melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang pengajian Islam, sains, teknologi, sains sosial dan ilmu-ilmu terkini.

4. Membina generasi yang memiliki daya ketahanan diri dalam menangani cabaran semasa dan peka dengan realiti zaman mendatang.

5. Mewujudkan golongan ilmuan berwibawa yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat Allah.

6. Menyokong dan membantu negara melaksana dan merealisasikan Dasar Pendidikan Negara.

MISI KTIAM

Untuk menjadi sebuah Pusat Pengajian Tinggi yang unggul dan cemerlang dalam pengajian yang berteraskan Islam.

SEJARAH KOLEJ TEKNOLOGI ISLAM ANTARABANGSA MELAKA

Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Melaka yang ditubuhkan pada tahun 1994, telah memperkenalkan satu dimensi baru pendidikan Islam dengan menerapkan Pengajian Islam dalam semua program akademik yang ditawarkan. Hal ini bertujuan bagi melahirkan para pelajar berjiwa Islam yang memiliki ilmu-ilmu wadi’e dan sentiasa komited dalam memenuhi keperluan sumber tenaga manusia di negara ini, lantas mewarnai perkembangan pendidikan kebangsaan.

KTIAM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh kerajaan negeri Melaka. Perkembangannya adalah ekoran daripada cadangan pihak kerajaan negeri Melaka untuk menaik taraf madrasah Darul Falah di Kuala Sungai Baru kepada sebuak kolej islam. Kolej ini memulakan operasi pada 30 Jun 1994 dengan menyewa di Bangunan MARA Alor Gajah, Melaka dan Fakulti Pengurusan Perniagaan telah ditempatkan di sini.

Pada awal Januari 1996, Kampus Fakulti Kejururawatan telah ditubuhkan dan ditempatkan di Bangunan Graha Patriotika, Tanjung Kling, Melaka yang dikenali sebagai Kampus Tanjung. Manakala kampus cawangan Fakulti Pengajian Islam pula telah ditubuhkan pada Julai 1996 dan ditempatkan bersebelahan kampus kejururawatan sebelum ianya dipindahkan ke bangunan yang terletak di Taman Melor, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Selanjutnya, KTIAM terus memperluaskan misi gedung ilmunya dengan menubuhkan Fakulti Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan yang kini dikenali sebagai Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan ditempatkan di Kampus Tanjung, Tanjung Kling, Melaka. Namun, dengan keprihatinan kerajaan negeri Melaka, maka KTIAM kini telah ditempatkan ke sebuah kawasan khusus di Kuala Sungai Baru. Semua kampus fakulti dan pentadbiran KTIAM telah berpindah ke sini dalam bulan Mei 1999. Kini, KTIAM telah mempunyai tujuh fakulti termasuk fakulti Sains Dan Teknologi dan Kuliyyah Al-Dirasat Al-Islamiyyah Wal-Arabiyyah yang menyediakan program-program diploma dan sijil dalam pelbagai bidang.

Tertubuhnya Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) sesungguhnya akan dapa menampung keperluan pembelajaran peringkat tinggi bagi mereka yang gagal menempatkan diri di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Dengan ini, diharapkan KTIAM dapat menjadi pemangkin bagi mengembalikan kegemilangan Melaka sebagai sebuah pusat pengembangan ilmu dan dakwah Islamiyyah seperti suatu masa dahulu.

More information...