BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 19, 2008

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!

SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA

INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI

DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Friday, October 31, 2008

Allah's Protection





Abu al-‘Abbas ‘Abdullah bin ‘Abbas, radiyallahu anhuma, reported: One day I was behind the Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam, and he said to me:


"O young man, I shall teach you some words [of advice] : Be mindful of Allah, and Allah will protect you. Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you. If you (have need to) ask, ask of Allah; and if you seek help, seek help from Allah. Know that even if the Nation (or the whole community) were to gather together to benefit you with something, they would not benefit you with anything except that which Allah has already recorded for you, and that if they gather together to harm you with something, they would not be able to harm you with anything except that which Allah has already recorded against you. The pens have been lifted and the pages have dried."

[Al-Tirmidhi relates this and says: It is a good, genuine Hadith]


In a version other than that of al-Tirmidhi it reads:


"..Be mindful of Allah, you will find Him before you. Get to know Allah in prosperity and He will know you in adversity. Know that what has passed you by was not going to befall you; and that what has befallen you was not going to pass you by. And know that victory comes with patience, relief with affliction, and ease with hardship."




-------------------------------------------------------------------------------------------------

This hadith teaches us how we can live a peaceful and happy life by being mindful of Allah and by totally trusting and worshipping Him. By understanding qadar positively, we will not live a stressful, unhappy life of always worrying about our future or what the consequences of our actions or decisions will be. We do our best to fulfil Allah’s obligations and we trust and accept whatever He wills for us.

Tuesday, October 28, 2008

Jom Timba Ilmu


From Anas, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:


"Allah the Almighty has said: 'O son of Adam, so long as you call upon Me, and hope in Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds in the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I shall forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with an earthful of sins and were you then to face Me, without having associated anything with Me, I shall grant you an earthful of pardon.'"


[Recorded by Al-Tirmidhi, who said that it is a good and sound hadith ]


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

The main message of this hadith is calling upon Muslims to repent sincerely to Allah and to seek His forgiveness.

The conclusion of this hadith mentions three ways which lead to Allah's forgiveness. It should be noted that these are not the only ways.

Muslim scholars mention other means and ways of receiving forgiveness, as we have seen in previous
hadiths, such as running into hardships, being put on trial, sickness, patience, the torture in the grave, avoiding the major sins, the horrible situations on the Day of Judgement, following the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, to perform the pillars of Islam, fasting specific days such as the day of Ashura' and the day of Arafah, and the intercession (shafa'ah) of the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, and the intercession of the believers (which is conditional to Allah's permission and He being pleased with the person).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-




Khemah Ibadah

Assalammualaikum ...

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika menjalani program khemah ibadah...


Sebenarnya untuk maklumat anda semua,kadang kala kami tidak sempat untuk meng 'update' kan blog ini setiap hari,tetapi di hari yang akan datang,insyaAllah,jika diberikan masa yang sesuai dan secukupnya,kami akan sedaya upaya updatekan blog ini...dan di masa akan datang, kiranya dalam masa yang terdekat, sedaya upaya kami cuba menyiapkan satu laman khas untuk forum persepsi dan di situ anda semua bebas membuat apa sahaja posting didalamnya...

InsyaAllah,segala yang baik di sini datang dari Nya,dan kekurangan dari blog ini akan kami perbaiki dan kami sentiasa memerlukan sokongan anda semua untuk memberi idea-idea untuk memperbaiki lagi keadaan blog ini..dengan memberi idea atau cadangan di alamat email ini... docitis24@gmail.com


Kepada en.Rahisam,terima kasih atas cadangan yang diberikan dan InsyaAllah kami akan memperbaiki dari masa ke masa dengan IzinNya...

Memandangkan di waktu dan ketika saat ini,para pelajar sedang giat berusaha bersengkang mata belajar untuk Big EXAM, kami akan berusaha meng update blog ini jika masa diizinkan ye..

Kepada semua pelajar,Good Luck for your exam...
Ingat..........!! USAHA "BERSUNGGUH-SUNGGUH,DOA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH!!!

Jom lihat gambar-gambar yang sempat dirakam kan pada hari khemah ibadah yang lalu...















Tuesday, October 21, 2008

Attention please....

ASSALAMMUALAIKUM..

Kepada ahli-ahli yang terlibat ,sila daftarkan diri anda di ruang Google Group ini supaya setiap orang dapat membuat posting di Discussion Group ini...

Sila Klik Link di bawah ini dan terus mendaftarkan diri dan dapat membuat sebarang posting,laporan,atau ape-ape sahaja ideas di dalam discussion group ini...

KLIK SINI

Ini penting dengan mendaftarkan diri di Discussion Group ini kerana kita akan dapat mengikuti informasi terkini dan yang terbaru yang akan di 'post' kan oleh setiap ahli..

Di group ini,anda boleh menghantar ape sahaja idea,gambar-gambar program yang mana tidak sempat kami sendiri rakamkan..kami akan cuba buat yang terbaik , dan jika ada kekuarangan,harap maafkan dan tolong berikan pendapat-pendapat yang baik serta bernas agar kita sama-sama dapat menghasilkan laman informasi yang bermutu ...

Di masa akan datang,kami sedang membuat web specific yang khas untuk pelajar-pelajar mendaftarkan diri dan berpeluang merebut mendapatkan informasi terkini dan akan datang.Harap maklum..

Wednesday, October 8, 2008

Program gabungan dr Exco kesenian dan kebudayaan & Exco akademik dan ict persepsi

Program ini dijalankan oleh Exco kesenian dan kebudayaan majlis perwakilan pelajar dengan kerjasama Exco akademik dan ict persepsi..

Jom kite lihat serangkap bingkisan gambar yang sempat dirakamkan oleh our paparazi!!





Sewaktu pelancaran majlis....



Antara gerai yang sempat dirakam kan... =)


Para juri yang segak dan ayu juga terlibat...



Konvoi kemerdekaan dari luar..bersemangat waja betul mereka!!!





Ini dia wanita yang berjiwa unggul..pemenang sajak terbaik...mestilah memenuhi kategori yang ditetapkan..penyampaian sajak penuh dedikasi dan emosi adlah yang terbaik... =-)



Antara peserta-peserta debat...terdiri di kalangan lelaki yang berdedikasi..chewah..


Para peserta lain yang turut terlibat ...


Sewaktu tayangan perdana-leftenan adnan

PROGRAM “DISKUSI ILMIAH – CINTA IPT”

PENGENALAN

Program “Diskusi Ilmiah-Cinta IPT” ini adalah sebuah program diskusi yang membincangkan hal ehwal isu semasa berkaitan dengan cinta IPT. Bersama barisan ahli panel yang terdiri daripada YDP MPP KTIAM, YDP MPP Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) dan YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Melaka yang dianjurkan oleh Persatuan Siswa Siswi Fakulti Pengajian Islam ( PERSEPSI ) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) dan Unit Hal Ehwal Pelajar ( HEP ) Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka. Tujuan program ini adalah untuk memberi pengetahuan di samping mewujudkan kesedaran kepada siswa dan siswi yang akan berperanan sebagai pemimpin serta menjadi aset kepada umat dan juga bangsa melalui khidmat mereka dalam apa jua bidang sekalipun.


OBJEKTIF UMUM


· Dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjalankan sebuah program dengan jayanya serta mengharumkan nama Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka.
· Sebagai salah satu alternatif untuk memperkenalkan Persatuan Siswa Siswi Fakulti Pengajian Islam ( PERSEPSI ) khususnya Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka di peringkat luar demi kepentingan pelajar – pelajar.


OBJEKTIF KHUSUS

· Memupuk semangat saling bekerjasama dan menjalinkan ukhwah antara pelajar-pelajar Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka khususnya antara Persatuan Siswa Siswi Fakulti Pengajian Islam ( PERSEPSI ), Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) dan Unit Hal Ehwal Pelajar ( HEP ).
· Sebagai wadah dan santapan rohani kepada siswa siswi Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka khusunya siswa siswi Fakulti Pengajian Islam.
· Mengeratkan hubungan antara KTIAM dengan pihak UTEM dan juga Kolej Matrikulasi Melaka.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr Mohd Yusof Bin Hj Hashim (Presiden)
Penasihat 1 : Encik Noor Jeffri Bin Abdul Wahab(Timbalan Presiden)
Penasihat 2: Encik Baharom bin Said (Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ( HEP) )
Penyelaras PERSEPSI:Ust. Mohamed Nazli Bin Omar(Dekan Fakulti Pengajian Islam)
YDP PERSEPSI: Azrai Bin Ahmad Zamri
Timbalan PERSEPSI: Noorulaziah Binti Abd. Rahman


JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah Program : Almahera Binti Abu Hassan
Timbalan Pengarah : Syaiful Adzril Bin Najmunuddin
Setiausaha : Nuruidayah Binti Zolkepli
Timbalan Setiausaha : Nurain Binti Abd Hamid
Bendahari : Nur Najihah Hareez Binti Mohd Nor

AJK Jemputan Dan Protokol
Norhani Binti Kamal
Nurul Nadia Binti Kamaruzzaman
Adnin Bin Abdul Latif
Muhammad Afiq Bin Ab Samat
Mohammad Azmi Bin Amin
Nor Fadhilatul Aini Binti Ibrahim

AJK Teknikal Dan ICT
Nurul Syuhadah Binti Mohd Ashaan Baja
Ismail Ali Putra Bin Ali Umar
Nor Fadhilatul Aini Binti Ibrahim
Mohd Zulfikry Bin Mohamad
Suhaili Liyana Binti Abdul Rahman
Mohd Irman Bin Samsudin
AJK Tajaan Dan Cenderahati
Husniza Binti Hussain
Siti Zulaikha Binti Abd Hafiz
Abu Hanifah Bin Mohd Said
Mohd Aliff Bin Othman
Siti Aminah Binti Zanul
Nur Atikah Binti Abdul Aziz

AJK Disiplin Dan Keselamatan
Mohd Nizam Bin Yahya
Nurul Jannah Zahiah Binti Zakaria
Ezreen Hazniza Binti Abdul Jalil
Muhammad Mu’zzuddin Bin Jasmi
Mohd Syahrin Bin Mohd Rashad
Rosnani Rohayu Binti Ahmad Rusdi


AJK TUGAS-TUGAS KHAS

Norsuhada Binti Abd. Razak
Muhammad Danial Bin Ahmad
Siti Zulaikha Bt. Roslan
Nurshamimi Binti Jamaludin
Aminisyah Binti Mohd Ridzaudzin
Muhammad Zul Al Feqar Bin Hassan
Nur Fadhilah Binti Madnor
Azmer Syazwan Bin Suparmin
Ayzel Azreel Bin Mohd Khairi
Mohd Khairul Izzat Bin Mohd Razif
Muhammad Asyraf Bin Zulkipli
Rabiatul Fadilah Binti Jamaluddin

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TENTATIF PROGRAM


08.00 am :Pendaftaran para pelajar

08.30 am :Ketibaan tetamu jemputan

08.45 am :Majlis pembukaan oleh pengerusi majlis

08.55 am :Bacaan doa
Oleh : Sdr. Adnin bin Abdul Latif

09.00 am :Ucapan Pengarah Program
Oleh : Sdri. Almahera bt Abu Hassan

09.10 am :Ucapan YDP PERSEPSI
Oleh : Sdr. Azrai bin Ahmad Zamri

09.15 am : Ucapan dan Perasmian
Oleh : Ustaz Mohd. Nazli bin Haji Omar (Dekan FPI)

09.30 am : Program diskusi bermula.
Moderator : Sdr. Mohd. Ghazali bin Alias.

Ahli panel : Sdr. Dzulfadli bin Dzulkarnain (YDP MPP KTIAM),

Sdr. Firdaus bin Abd Rahman (YDP MPP UTeM),

Sdr. Afuza Abdullah bin Idiris
(YDP JPP Kolej Matrikulasi Melaka).

11.30 am : Sesi soal jawab

12.00 pm : Penyampaian Cenderahati

12.30 pm : Majlis bersurai.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAPORAN PERJALANAN PROGRAM

19 September 2008

Pada jam 8.00 pagi kaunter pendaftaran bagi para pelajar di buka dan sesi pendaftaran bermula.Pendaftaran tersebut dilakukan di ruang legar auditorium pujangga (KTIAM). Setelah selesai pendaftaran, para pelajar memenuhi ruang dalam auditorium pujangga tersebut.

Setelah semua pelajar memenuhi ruang dalam auditorium pujangga, para pelajar menunggu ketibaan para pensyarah dan panel jemputan. Majlis dimulakan dengan pembukaan kata oleh pengerusi majlis. Pengerusi majlis menjemput salah seorang pelajar KTIAM untuk membaca doa, Kemudian, pengerusi majlis menjemput pengarah program untuk memberi sedikit ucapan dan seterusnya ucapan daripada YDP Persepsi. Akhir sekali ucapan dan perasmian oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam. Program diskusi bermula pada jam 9.30 pagi.

Program diskusi ini dipengerusikan oleh seorang pengerusi panel/moderator yang merupakan pelajar jurusan Diploma Undang-undang dan Syariah Semester 1. Sebelum berakhirnya perbincangan antara tiga orang panel, sesi soal jawab antara siswa siswi dan ahli panel diadakan.

Program diskusi tersebut berakhir pada jam 12.30 tengah hari di mana ia di akhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ahli panel. Setelah tamat segala program tersebut, semua pelajar di benarkan bersurai.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KELEBIHAN PROGRAM

Sepanjang bermulanya program ini, segalanya telah berjaya dilaksanakan dengan lancarnya walaupun terdapat pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa di tempuhi. Namun begitu, secara keseluruhannya halangan dan cabaran itu telah kami atasi hasil daripada semua ahli yang terlibat dalam memberikan komitmen dan kerjasama seperti yang diharapkan.
Pelbagai manfaat dan faedah serta pengalaman kami telah perolehi hasil daripada program diskusi ini. Antaranya apa yang dimaksudkan dengan cinta, batas-batas pergaulan dalam bercinta, dan program ini mengajar lebih mendalam cinta yang manis menurut syarak.
Hasil daripada program diskusi ini telah menambahkan lagi pengatahuan serta pengalaman kami tentang cinta pada zaman IPT. Program diskusi ini merupakan diskusi yang banyak memberikan manfaat kepada semua siswa siswi dan semua siswa siswi berpuas hati dengan program yang telah dijalankan ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KELEMAHAN PROGRAM
Setiap pogram yang dijalankan tidak dapat lari daripada kelemahan. Namun begitu, setiap kelemahan yang berlaku itu dalah punca daripada bagaimana sesuatu program itu direncanakan. Antara kelemahan yang kami alami sepanjang berlangsungnya program ini ialah masalah apabila salah seorang panel jemputan tidak dapat menghadiri program ini.

Di mana kami telah di maklumkan bahawa panel jemputan daripada Kolej Matrikulasi Melaka tidak dapat hadir kerana ada masalah peribadi dan kami terpaksa mencari pengganti. Namun begitu, pada saat-saat akhir kami telah mendapatkan pengganti untuk program diskusi ini. Akhirnya, Encik Mohd Amizan Bin Mohd Yusof iaitu pensyarah Fakulti Pengajian Islam sudi menjadi ahli panel untuk program diskusi ini. Segalanya dapat kami atasi dengan jayanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENUTUP

Sepanjang berlangsungnya program ini, segalanya berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi. Berkat kesabaran dan kerjasama serta komitmen yang tinggi dari semua pihak program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dari bahagian Hal Ehwal Pelajar kerana telah meluluskan program dan permohonan kami. Hasil daripada program diskusi ini juga, pelbagai pengalaman dan pengetahui telah kami perolehi. Justeru itu, kami berharap agar program-program seperti ini dapat kami jalankan pada masa akan datang.


Tuesday, August 19, 2008

Gambar-gambar


Antara wajah-wajah ceria di waktu awal program di jalankan....

Kelihatan para-para gadis jelitawan sanggup menolak istilah puteri lilin... ;-)

Pelajar lelaki juga tidak kurang hebatnya...masing-masing menunjukkan bakat yang terpendam... :-D

Jangan ingat pelajar lelaki jer hebat...pelajar perempuan sekarang boleh tunjukkan bakat-bakat yang terpendam...heee


Pelajar bertungkus lumus menjayakan program ini..
Hmm...kelihatan makanan yang enak lagi berzat sedang disajikan untuk program ini...;-)

Sukaneka FPI ( Exco Sukan dan Rekreasi )

20/07/08 – Sukaneka FPI ( Exco Sukan dan Rekreasi )

Pada tarikh 20 July 2008 ni, FPI telah mengadakan sukan dan rekreasi...alhamdulillah kerana semua nya berjalan dengan lancarnya..

Tujuan mengadakan program ini banyak kebaikan nya..antaranya kami dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita...selain itu..dari program ini lah kami dapat mengerahkan segala tenaga, kebolehan dan keupayaan masing-masing..

Diharapkan pihak atasan dapat mengadakan program-program seperti ini di masa akan datang..malah akan menganjurkan program-program yang sihat dan lebih hebat yang dapat memberi makna untuk FPI serta tidak dapat dilupakan dari memori para-para pelajar....

Kami sempat merakam kan gambar-gambar para pelajar yang terlibat dalam program ini...Jom kita tengok...yang xsempat di"flash" kan kat sini,maaflah ye..kamera limited..kalo sesiapa ada cadangan yang menarik, gambar-gambar yang menarik yang hendak di 'post' kan,sila email kan kepada kami...

EMAIL : persepsi.ict@gmail.com

atau SILA MASUK ke Group Google Discussion kita yang di tag kan di atas..semua boleh di pos di sana tanpa batasan... :-)

Monday, August 4, 2008

Keramat hanya dimiliki ketika hidup

Persoalan Agama: Keramat hanya dimiliki ketika hidup


Soalan:
SAYA ingin tahu mengenai kisah luar biasa atau keramat yang diberikan oleh Allah SWT kepada wali. Apakah kedudukan sebenar keramat dalam Islam.

Nur Hisham Ali,
Kajang, Selangor.

Jawapan:
WALI pada perkataannya bermakna dekat. Maka, satu daripada pengertiannya ialah orang yang taat mengerjakan perintah Allah, mencintai Allah dan sentiasa menghampirkan diri kepada Allah dengan amal ibadatnya.

Karamah ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada hamba Allah SWT yang beriman dan sentiasa taat kepada-Nya dan perkara luar biasa itu tidak bertentangan dengan syarak.

Contohnya kisah Khalifah Umar ibn al-Khattab. Pada suatu hari beliau sedang berkhutbah di atas mimbar masjid di Madinah, tiba-tiba beliau seakan-akan melihat tenteranya dikepung musuh.

Umar pun berteriak: "Naiklah ke atas bukit". Teriakan itu dapat didengari pasukan tenteranya, lalu mereka naik ke atas bukit. Selepas askar itu kembali daripada peperangan dengan memperoleh kemenangan, mereka menceritakan apa yang berlaku itu kepada orang Islam di Madinah. Maka masing-masing mengetahui betapa Allah SWT mengurniakan karamah kepada Saiyidina Umar tanda memuliakannya.

Perlu juga diingatkan bahawa karamah harus berlaku kepada orang yang hidup dan tidak kepada orang yang sudah meninggal dunia. Ia adalah anugerah Allah SWT sebagai kelebihan dan keutamaan kepada hamba-Nya yang taat.

Bagaimanapun, perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang boleh juga disebabkan sihir, istidraj dan maunah.

Menurut pandangan Islam kepercayaan kepada keramat kubur, keramat orang yang melakukan dosa besar atau membiasakan dosa kecil atau keramat pokok kayu adalah khurafat. Kepercayaan yang sedemikian adalah syirik.

Nabi Isa penerus syariat dibawa Rasulullah

Muhammad Rasul terakhir, penurunan al Maseh tegakkan agama Islam

Soalan:
NABI Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul terakhir yang diutuskan Allah kepada umat manusia. Apakah hukumnya jika seorang Islam masih ragu-ragu dengan menyatakan bahawa Allah SWT akan menurunkan seorang lagi nabi pada akhir zaman ini.

Saya pernah mendengar ceramah menyatakan bahawa pada akhir zaman nanti sebelum berlaku kiamat, Nabi Isa akan diturunkan ke dunia untuk mengembalikan umat Islam ke jalan kebenaran. Adakah ini benar atau kepercayaan karut?

Nurhaliza Yusof,
Batu Kawan, Pulau Pinang.

Jawapan:
UMAT Islam wajib beriman bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah al-Ahzab 33, ayat 40 yang bermaksud: "tetapi Baginda adalah Rasul Allah dan kesudahan segala nabi."

Mengenai penurunan Nabi Allah Isa as pada akhir zaman, ia adalah benar. Kenyataan ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra: yang bermaksud: "Demi Tuhan diriku di tangan-Nya, sesungguhnya telah dekat waktunya (kiamat), akan diturunkan di kalangan kamu Ibn Maryam yang akan menghukum dengan adil.

Maka Baginda akan memecahkan salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah (harta benda melimpah ruah sehingga tiada seorang yang memerlukannya). Sehingga semua sekali sujud kepada Allah adalah lebih baik daripada dunia dan isinya".

Kemudian Abu Hurairah menjelaskan satu ayat dalam Surah an-Nisa' 4: ayat 159 bermaksud : "Dan tidak ada seorang pun daripada kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) melainkan mereka akan beriman kepadanya (Nabi Isa as) sebelum wafat Baginda, dan pada Hari Kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perlu diingatkan bahawa penurunan Nabi Isa as pada akhir zaman bukan membawa syariat baru, tetapi Baginda meneruskan syariat Nabi Muhammad SAW yang menjadi syariat terakhir sehingga hari kiamat.

Ulul Albab: Israk Mikraj motivasi ketuanan umat

TUMPUAN: Sebelum Islam diterima di Kota Suci Makkah pelbagai tentangan terpaksa dihadapi Nabi Muhammad untuk memperluaskan ajaran Islam. - Gambar hiasan


Muslimin mesti mantapkan silaturahim, mengota ikatan janji sesama sendiri

DALAM satu kaedah fekah ada disebut iza daqa al-amru ittasa', maknanya jika sesuatu perkara sudah sampai ke tahap yang sempit maka ia akan menjadi luas.

Contohnya, jika kita dalam keadaan lapar kemudian kita tidak temui makanan yang halal, selain makanan haram maka kita dibenarkan untuk memakannya kerana darurat. Kaedah fekah ini banyak digunakan dalam konteks siasah syariah yang sememangnya berdepan dengan isu semasa yang tidak ada nas syarak sarih atau jelas mengenai satu-satu masalah.

Kaedah ini adalah hadiah berharga daripada ajaran Islam kepada seluruh manusia kerana rahmat Allah akan diberikan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya di mana satu daripada fenomena rahmat ini ialah jika seseorang menghadapi satu kesempitan pasti akan diadakan jalan untuk menyelesaikannya selagi individu berkenaan ingat kepada Allah SWT.

Nabi Musa AS dan pengikutnya, Bani Israil ketika dalam kesempitan tidak ada jalan di hadapan kecuali laut yang melintang luas apabila dikejar Firaun dan tenteranya, mendapat penyelesaian serta-merta daripada Allah SWT. Al-Quran mengisahkan maksudnya: "Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.


Selepas kedua-dua kumpulan nampak satu sama lain, berkatalah orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan." Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fakir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolongan-Nya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku." Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu".

(Selepas dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ. Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang yang bersama dengannya, semuanya. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya)." (Surah al-Syu'ara: 60-66)

Satu pengajaran daripada kisah ini ialah apabila kita sudah sampai ke satu tahap yang sempit maka ia akan menjadi luas. Hal ini juga yang berlaku kepada junjungan besar Muhammad SAW. Apabila Baginda sudah sampai pada satu tahap yang sudah tidak boleh bergerak lagi dalam penyebaran dakwah Islam di Makkah, maka Allah menjadikan peristiwa Israk Mikraj untuk Baginda sebagai tanda bukti sokongan kepada Baginda.

Pada hari sebelum peristiwa Israk Mikraj ada beberapa kejadian yang membuat Baginda berasa sedih, antaranya apabila bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isteri Baginda, Khadijah meninggal dunia. Mereka berdua adalah tulang belakang permulaan dakwah Islam di Makkah. Ketika Baginda pergi ke Taif dengan harapan untuk mendapat perlindungan daripada penduduk kawasan itu, sebaliknya pula sambutan diterima, iaitu Baginda ditentang dan diusir balik ke tempat asal. Dalam misi Taif ini, Baginda mendapat dugaan yang tidak kalah beratnya daripada apa yang didapati di Makkah.

Penduduk Taif membaling Baginda sehingga darah mengalir daripada wajah Baginda walaupun mempertahankan muka dengan sepasang seliparnya sambil duduk. Kejadian yang membuat marah malaikat penjaga gunung Taif dan mereka meminta kebenaran Baginda untuk membenamkan penduduk Taif ke dalam bumi tapi tidak dibenarkan Baginda kerana Baginda percaya penduduk terbabit akan menerima Islam.

Oleh kerana penerimaan penduduk bumi terhadap Nabi sedemikian rupa, maka peristiwa Israk Mikraj ini menjadi penglipur lara dan penghibur hati Baginda. Ia adalah isyarat kepada penghuni bumi (Makkah dan sekitarnya) bahawa jika mereka tidak mahu menerima Muhammad maka penghuni langit akan menerimanya dengan senang hati dan penuh bangga. Betapa tidak, bukankah Muhammad makhluk paling mulia di sisi Allah?

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah kemuncak penghormatan dan pemuliaan Allah terhadap nabi-Nya yang bernama Muhammad yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa pun juga termasuk malaikat kanan, Jibril AS. Dalam peristiwa yang berlangsung beberapa bulan sebelum hijrah ke Madinah itu, Allah SWT sudah menghampiri dan terus bertambah hampir, sehingga antara-Nya dengan Muhammad antara jarak anak panah dengan busurnya, atau lebih hampir daripada itu. Nabi Muhammad pada kemuncak itu sendirian, manakala Jibril AS berada pada kemuncak yang lain yang lebih rendah daripada kemuncak yang dicapai Nabi junjungan SAW. Di situlah berlaku suatu munajat besar dengan Allah SWT.

Di situ juga disampaikan wahyu langsung daripada Allah. Dan di situ juga berlaku penglihatan terhadap wajah Allah. Sebenarnya peristiwa Israk Mikraj lebih luas dan lebih umum daripada menjadi sesuatu peristiwa sejarah semata, dan sesudah itu tidak ada lagi yang harus dikata dan dibicarakan. Ia adalah suatu gambaran bagi kehidupan Muslim dan mengandungi pelbagai nasihat serta contoh teladan yang hampir tiada dikenali manusia. Muhammad sudah dipilih oleh Allah untuk memikul perutusan-Nya.

Akan tetapi sebelum itu Allah sudah membentuk peribadinya terlebih dahulu sehingga diserahkan kepadanya tanggungjawab kenabian. Jika umat Islam memiliki pemimpin seperti Nabi Muhammad SAW sudah semestinya mereka berasa bangga dan jika mereka berasa bangga, maka sudah sepatutnya mereka akan menerima dan mengamalkan risalah Islam sepenuhnya. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita sudah perhatikan lalu yakini betapa tinggi dan luhur kedudukan junjungan besar kita.

Ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah berimbas kepada umat Baginda. Mereka juga tinggi kedudukan mereka di sisi Allah sehingga melayakkan mereka untuk menjadi tuan umat manusia sekalian. Umat Islam diangkat oleh Allah untuk menjadi saksi ke atas semua peristiwa yang berlaku ke atas manusia. Allah berfirman maksudnya: "Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (mengenai yang benar dan yang salah)." (Surah al-Baqarah: 143)

Ketuanan umat Islam ke atas umat yang lain adalah pilihan Allah menerusi imbasan peristiwa Israk Mikraj yang berlaku ke atas Nabi mereka. Ketuanan ini mesti digunakan dengan sebaik-baiknya. Mereka harus menyedari tali persaudaraan mereka yang mengalir dalam darah daging mereka. Mereka mesti memantapkan hubungan silaturahim mereka yang terjalin menerusi minda mereka.

Dan mereka mesti mengotakan ikatan janji yang sudah mereka buat sesama sendiri. Ketuanan umat Islam ke atas umat manusia sejagat ini tidak akan direalisasikan dan kemudian kekal berlaku jika mereka melupakan ajaran al-Quran bermaksud: "Nabi Muhammad ialah Rasul Allah; dan orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir (yang memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).

Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) daripada Tuhan mereka serta mengharapkan keredaan-Nya." (Surah al-Fath: 29) Wallahu a'lam.

Thursday, July 31, 2008

Israk Mikraj ubat duka Rasulullah

PERISTIWA Israk dan Mikraj adalah mukzijat besar Nabi Muhammad SAW. Menurut jumhur ulama, ia berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab tahun ke-11 kenabian bersamaan 622 Masihi dalam usia Baginda antara 51 atau 52 tahun.
Sebelum berlakunya peristiwa itu, Rasulullah SAW berhadapan dengan tahun kesedihan apabila isteri serta bapa saudara Baginda wafat sementara tentangan serta pemulauan oleh kaum Musyrikin semakin hebat. Israk dan Mikraj adalah kurniaan Allah untuk mengubat duka Rasulullah SAW yang mana sebelum itu Baginda didatangi Jibril bersama Mikail. Dada Nabi dibedah dan dicuci dengan air zamzam serta dimasukkan hikmah (bijaksana), iman, sabar, berani, ilmu, Islam (kepatuhan) dan dicap di belakangnya tanda kenabian dan dijahit semula tanpa sebarang bekas.

Israk ialah perjalanan Nabi SAW pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis dengan Buraq. Ketika mikraj Nabi SAW ke langit, pelbagai peristiwa dilalui Baginda termasuk pertemuan dengan Nabi Adam, Isa, Yahya, Yusuf, Idris, Harun dan Musa. Israk dan Mikraj adalah teropong analisis yang dianugerahkan Allah kepada Rasulullah SAW untuk melihat gambaran seterusnya menganalisa banyak hal. Tetapi pokok persoalannya ialah manusia dan alam sebagai sasarannya. Hal ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Untuk memperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan dan kebesaran Kami." (Surah al-Isra', ayat 1). Semua itu sebagai iktibar dan pengajaran kepada manusia dan alam sekali gus.

Antara peristiwa yang diperlihatkan ialah petani yang bercucuk tanam segera memungut hasilnya tidak henti-henti (gambaran pahala bagi orang yang berjuang dan bersedekah di jalan Allah) dan bau wangi kubur Masyitah serta anaknya yang berani mati mempertahankan keimanan di hadapan pemerintah zalim. Manusia yang memecahkan kepalanya sendiri dengan batu iaitu gambaran orang yang kepalanya berat untuk sujud bersembahyang selain manusia bercawat makan rumput dan buah berduri serta bara api kerana tidak mahu mengeluarkan zaka. Peristiwa lain ialah nanusia berenang dalam lautan darah, dan dilempar dengan batu gambaran orang makan riba atau bunga dan manusia yang menggunting lidahnya sendiri dengan gunting api iaitu gambaran orang pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian Kami kembalikannya serendah-rendahnya (iaitu balasan neraka)." (Surah at-Tin, ayat 4-5) Melalui peristiwa Israk dan Mikraj, kita dapat melihat beberapa macam kecenderungan manusia ke arah kebajikan dan kejahatan hasil daripada perjalanan hidup mereka di dunia.
Bagi Rasulullah SAW, Israk dan Mikraj semacam lawatan yang sasaran serta pelan tugas sudah ditentukan secara pasti oleh Allah dengan gambaran, dan analisis untuk panduan umat manusia sejagat.

Wednesday, July 30, 2008

Gotong Royong !!!

Pada tarikh 19 Julai 2008, kami berjaya menjalankan aktiviti gotong royong..hmm..agak penat la jugak..tapi lega juga apabila semuanya telah pun selesai...jom kita preview balik kesungguhan para pelajar yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini...



Yang cik kak kat atas ni tengah cuci tingkap ke atau tengah mengintai...jaga2 kak,jgn tercucuk mata kat tingkap tu..
Wah...bersungguh-sungguh betul gunting cik adeq ni..tapi...macam tengah menjahit pun ada..hehehe..

Wah..sapu bersih-bersih ek...Chayok !!!
Ni baru gentleman..nasib baik yang cuci ni lelaki..yang cik akak ni macam gembira jer..tenung ape tuh...heheee

Wah...Jaga-jaga kak..kalau jatuh kang, turun lak saham hantaran..hehe..ni para pelajar wanita yang bersungguh-sungguh memasang langsir demi kelasv tercinta.. :-D
Kipas yang agak ber"usang" yang telah tebal habuk nya telah selamat digilap oleh pelajar macho ni... ;-)

Eh, eh...kenape semua tangan meng hala ke sana nih?? ade angin 'twister' ker ???? Kakak baju hitam tu jer paling cool..die sorang jer meng hala tempat lain.. :-0

Sunday, July 13, 2008

Link to forum...

Okay guyz, here some link for us to discuss our issues currently or coming soon..please be informed that you should register in group in order to post ideas, information or anything into our forum section..

Click here to link to the forum..

Learning how to make your own website

Assalammualaikum..bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari bagaimana membuat laman web samaada berbayar atau percuma hosting dan domain nya,sila email saya...

docitis24@gmail.com

Kita akan mengadakan forum terbuka serta berbincang dengan lanjut dan mendalam akan datang..so for those interested in making your own website or blog,beside making side income (just for part time) for student or full time , and have a lot of enquiries,please don't hesitate to contact me.. thank you..

SalaM Ukhuwah....

Friday, July 4, 2008

OBJEKTIF PERSEPSI

1. Menjaga kebajikan dan merapatkan silaturrahim dalam kalangan ahli-ahli persatuan.
2. Merencana dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan siswa-siswi FPI.
3. Peka dan prihatin terhadap perubahan dan perkara-perkara yang berlaku khasnya di FPI.
4. Melahirkan siswa-siswi yang berkebolehan serta berdaya saing untuk membangunkan FPI.
5. Membentuk pemimpin yang berkarisma serta mempunyai fikrah Islamiyyah yang mampu

menangani isu-isu semasa.
6. Membantu fakulti dan menjadi perantara antara pihak pengurusan fakulti dengan siswa-siswi FPI.

IFTITAH PERSEPSI

Penubuhan saf kepimpinan Persatuan Siswa-Siswi Fakulti Pengajian Islam (PERSEPSI) merupakan perintis bagi siswa-siswi FPI agar lebih maju ke hadapan. Ianya telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997. Penubuhan persatuan ini pada mulanya menggunakan nama ISMAS atau Persatuan Pengajian, namun telah ditukarkan kepada PERSEPSI bermula pada penggal kedua sesi 1998/99. Persatuan ini kini diterajuai seramai empat belas orang ahli Majlis Tertinggi yang telah dipilih oleh siswa-siswi FPI sendiri melalui pilihan raya fakulti yang dipertandingkan setiap tahun di kolej ini. Jawatan-jawatan yang dipertandingkan adalah Yang Dipertua (YDP), Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari serta lapan orang exco di bawahnya. InsyaAllah, organisasi yang dibentuk ini mampu menjana pembentukan dan kecemerlangan PERSEPSI khasnya dan KTIAM secara amnya ke arah sebuah organisasi berwibawa dan mampu menangkis segala cabaran yang datang berteraskan al-Quran dan sunnah.

MISI FPI

Mendidik dan membimbing pelajar dengan ilmu yang berteraskan disiplin duniawi dan ukhrawi dalam menghadapi cabaran globalisasi kini.

VISI FPI

Membantu melahirkan pelajar yang berilmu dan memiliki sahsiah diri yang cemerlang dan gemilang.

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Fakulti Pengajian Islam (FPI) kini beroperasi dengan menawarkan empat diploma iaiti Diploma Pengurusan Dan Pentadbiran Islam (DPPI), Diploma Pengajian Islam Dengan Pembangunan Sumber Manusia (DPSM), Diploma Kaunseling (DPIK) dan Diploma Undang-undang Dan Syariah (DUUS).

VISI KTIAM

Melaksanakan usaha pendidikan dan pengembangan jalinan ilmu duniawi dan ukhrawi, latihan dan kemahiran berteknologi serta penyelidikan dan pembangunan sumber manausia berwadah Islam.

OBJEKTIF KTIAM

1. Melahirkan generasi muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran Islam berpaksikan al-Quran dan sunnah.

2. Melaksanakan dan mentarbiyyahkan pelbagai ilmu berteraskan Islam.

3. Melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang pengajian Islam, sains, teknologi, sains sosial dan ilmu-ilmu terkini.

4. Membina generasi yang memiliki daya ketahanan diri dalam menangani cabaran semasa dan peka dengan realiti zaman mendatang.

5. Mewujudkan golongan ilmuan berwibawa yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat Allah.

6. Menyokong dan membantu negara melaksana dan merealisasikan Dasar Pendidikan Negara.

MISI KTIAM

Untuk menjadi sebuah Pusat Pengajian Tinggi yang unggul dan cemerlang dalam pengajian yang berteraskan Islam.

SEJARAH KOLEJ TEKNOLOGI ISLAM ANTARABANGSA MELAKA

Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Melaka yang ditubuhkan pada tahun 1994, telah memperkenalkan satu dimensi baru pendidikan Islam dengan menerapkan Pengajian Islam dalam semua program akademik yang ditawarkan. Hal ini bertujuan bagi melahirkan para pelajar berjiwa Islam yang memiliki ilmu-ilmu wadi’e dan sentiasa komited dalam memenuhi keperluan sumber tenaga manusia di negara ini, lantas mewarnai perkembangan pendidikan kebangsaan.

KTIAM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh kerajaan negeri Melaka. Perkembangannya adalah ekoran daripada cadangan pihak kerajaan negeri Melaka untuk menaik taraf madrasah Darul Falah di Kuala Sungai Baru kepada sebuak kolej islam. Kolej ini memulakan operasi pada 30 Jun 1994 dengan menyewa di Bangunan MARA Alor Gajah, Melaka dan Fakulti Pengurusan Perniagaan telah ditempatkan di sini.

Pada awal Januari 1996, Kampus Fakulti Kejururawatan telah ditubuhkan dan ditempatkan di Bangunan Graha Patriotika, Tanjung Kling, Melaka yang dikenali sebagai Kampus Tanjung. Manakala kampus cawangan Fakulti Pengajian Islam pula telah ditubuhkan pada Julai 1996 dan ditempatkan bersebelahan kampus kejururawatan sebelum ianya dipindahkan ke bangunan yang terletak di Taman Melor, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Selanjutnya, KTIAM terus memperluaskan misi gedung ilmunya dengan menubuhkan Fakulti Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan yang kini dikenali sebagai Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan ditempatkan di Kampus Tanjung, Tanjung Kling, Melaka. Namun, dengan keprihatinan kerajaan negeri Melaka, maka KTIAM kini telah ditempatkan ke sebuah kawasan khusus di Kuala Sungai Baru. Semua kampus fakulti dan pentadbiran KTIAM telah berpindah ke sini dalam bulan Mei 1999. Kini, KTIAM telah mempunyai tujuh fakulti termasuk fakulti Sains Dan Teknologi dan Kuliyyah Al-Dirasat Al-Islamiyyah Wal-Arabiyyah yang menyediakan program-program diploma dan sijil dalam pelbagai bidang.

Tertubuhnya Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) sesungguhnya akan dapa menampung keperluan pembelajaran peringkat tinggi bagi mereka yang gagal menempatkan diri di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Dengan ini, diharapkan KTIAM dapat menjadi pemangkin bagi mengembalikan kegemilangan Melaka sebagai sebuah pusat pengembangan ilmu dan dakwah Islamiyyah seperti suatu masa dahulu.

More information...