BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 23, 2010

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan KUIM

Sunday, July 11, 2010

Israk Mikraj

MUKADDIMAH

I. Kehebatan Israk Mikraj sebagai perjalanan seorang manusia (Muhammad, Rasulullah s.a.w) masuk dan melintasi empat macam alam, iaitu:

(i) Alamul Mulk/Syahadah = Alam Israk

(ii) Alamul Malakut = Alam Samawaat

(iii) Alamul Jabarut = Alam Sidratul muntaha

(iv) Alamul ‘Izzah = Alam Mustawan

Kita manusia di dunia ini, hidup dan berada sekaligus di dalam lingkaran alam yang empat itu. Sekarang dan bila-bila saja!

II. Kehebatan Israk Mikraj, sebagai ‘Tanda’ bagi PERALIHAN KEPEMIMPINAN PERADABAN DUNIA dari Bani Israil kepada umat Muhammad s.a.w.

(i) Bani Israil yang telah berabad lamanya memonopoli kepemimpinan peradaban dunia, dikutuk oleh Allah dan dicabut peranan kepemimpinannya itu, dialihkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad (s.a.w) bersama umatnya.

(ii) Kutukan Allah itu ditimpakan kepada Bani Israil kerana mereka, di samping tingkah lakunya sehari-hari yang penuh kemungkaran, masih ditambah dengan 5 (lima) kesalahan yang sangat utama dan besar.

(iii) Hal ini harus diketahui (diperlihatkan) kepada pengganti pemegang peranan kepemimpinan ini, iaitu Muhammad Rasulullah (s.a.w) bersama seluruh umatnya kerana apabila dosa-dosa dan kesalahan yang serupa dilakukan oleh umat Muhammad, maka tindakan Allah (S.W.T) berwujud kutukan dan pencabutan peranan kepemimpinan, tidak mustahil akan ditimpakan kepada umat Muhammad.

III. KEHEBATAN ISRAK MIKRAJ membangkitkan umat Muhammad dipelopori oleh orang Arab sebagai kekuatan pertama dan terutamanya menerima peranan kepemimpinan itu.

(i) Dua tahun kemudian, dengan berhijrah ke Yatsrib (Madinah) dan menjadikannya Markas Kepemimpinan, mulai menampakkan kepemimpinan yang sebenar-benarnya. Sepuluh tahun kemudian, sempurnalah peranan kepemimpinan itu, memancarkan kewibawaannya ke seluruh pelosok dunia.

(ii) Orang Arab Muslim dan non-Muslim bersepakat dalam penilaian bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah pemimpin pertama yang berhasil mempersatukan Arab dalam pengertian yang luas.

(iii) Tetapi kepemimpinan Rasulullah (s.a.w) bukanlah "Kepemimpinan Arab", melainkan RAHMATAN LIL ‘ALAMIIN (Rahmat untuk seluruh alam). Kalau hanya untuk ‘memimpin Arab’, kiranya tidak perlu baginda di ISRAK MIKRAJ-kan, tidak usah masuk wilayah lain (Madyan, Tursina, Betlehem), apa lagi ke langit dan sebagainya.

(iv) Kepemimpinan RAHMATAN LIL ‘AALAM

Thursday, July 8, 2010

Fadhilat Puasa Syaaban dan Nisfu Sya'aban

1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )

2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

3. Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)

4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina ‘Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya’ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)

5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya’ban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Mka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )

Friday, July 2, 2010

SELAMAT DATANG MAHASISWA/I BARU


Alhamdulillah, tanggal 21 Jun 2010, pendaftaran bagi pengambilan pelajar baru kemasukan sesi 1 ( 2010/2011) telah selamat diadakan..Mereka akan menjalani Minggu Haluan Siswa selama 5 hari bermula 21 Jun dan akan berakhir pada 25 Jun 2010.. Dengan rasa besar hati, kami warga Akademi Pengajian Islam mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa-mahasiswi baru KUIM..