BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 5, 2011

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571M merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Maulid Nabi merupakan sebuah “Rumah Kelahiran” kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas’a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali.

Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama “Maktabah Makkah Al-Mukarramah”
Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W., kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T. terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah S.W.T. akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah S.W.T..
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat.

Kelebihan Bulan Rabiul Awal

Kelebihan bulan RABIULAWAL
RABIULAWAL berasal dari dua kalimah Arab, Rabi' ertinya musim bunga, Awal ertinya pertama. Rabiulawal dimasyhurkan bulan Maulid Nabi Muhammad S.A.W. Rabiulawal bulan yang ketiga mengikut hitungan bulan Hijrah. Bagi masyarakat Islam menganggap bulan Rabiulawal juga bulan mulia yang tidak kurang utamanya, kerana bulan tersebut ialah kelahiran Nabi Besar Muhammad S.A.W. di mana mengikut sejarah ia diputerakan di Kota Mekah pada hari Isnin 12hb. Rabiulawal tahun Gajah (iaitu tahun berlakunya penaklukan tenteran bergajah Abrahah di Mekah) bersamaan dengan 20hb, April, 570 Masihi.
Mengambil sempena bulan keputeraan baginda Rasulullah S.A.W. ini umat Islam terutamanya di Malaysia dan Indonesia mereka menjadikan Rabiulawal ini bulan Haul (hari ulang tahun Nabi Besar Muhammad S.A.W.) bukan setakat itu saja malah segala hal yang berkaitan dengan urusan kehidupan masyarakat Islam seperti hari nikah kahwin, berkhatan anak, menegakkan rumah, mengadakan majlis kenduri-kendara dan kesyukuran mereka memilih bulan Rabiulawal. Maka terbukti berkembang biak dan semarak semangat dakwah Islamiah di tempat-tempat pesantren (pengajian pondok) sama ada di Malaysia atau di Indonesia, mereka mengadakan temasya besar-besaran seperti hari Ikhtifal (hari ucapan) dan sebagainya mengambil sempena bulan Rabiulawal, manakala di masjid-masjid dan surau-surau sepanjang bulan Rabiulawal diadakan majlis perhimpunan kerana ulang tahun keputeraan Rasulullah S.A.W. Bacaan al-Quran, Tahlil dan bacaan Rawi Berzanji tidak ketinggalan, masyarakat Islam dari berbagai peringkat turun ke masjid dan surau bahkan perarakan kadangkala diadakan, alim-ulama cerdik cendikiawan Islam dijemput hadir untuk memberi ceramah agama Islam semata-mata memperingati bulan Rabiulawal. Jelas dari bulan Rabiulawal ini telan beratus-ratus tahun masyarakat Islam di Malaysia mengadakan sambutan kebesaran syiar Islam pada bulan Rabiulawal. Masyarakat Islam rasa terhutang budi dengan wujudnya temasya Maulud Nabi yang diadakan pada tiap-tiap tahun bulan Rabiulawal dapat menarik dan mendakwah bahkan menyeru umat Islam dari berbagai peringkat masyarakat supaya mencontohi sifat dan sunnah-sunnah Rasul. Alhamdulillan kita bersyukur kepada Allah S.W.T. dengan rahmat-Nya Negara Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi serta menjadikan bulan Rabiulawal bulan Dakwah Islamiah, semoga dengan semangat penerapan amalan Islam di Negara Malaysia ini rakyatnya terus maju jaya dan berdisiplin, bersih, jujur, amanah dapat mencontohi sunnah-sunnah Rasul, dengan amalan tersebut dipohonkan Allah jauhkan dari segala malapetaka dan ancaman dalam masyarakat majmuk berbilang kaum mengamalkan kebersihan sebagai teras orang yang beriman.

Sunday, January 2, 2011

BULAN MUHARAM

AMALAN PADA 1 DAN 10 MUHARRAM Muharram (مّ رح) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.” Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). Kelebihan Hari Assyuuraa'& Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram. Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW.bersabda yang bermaksud; Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram,maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa',maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah,dan 10,000 orang mati syahid;dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat.Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa',maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka. Sahabat bertanya;Ya,Rasulullah,Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.


1. Jawab Rasulullah: Benar!. • Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa', • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa'; • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa'; • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa'; • dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa'; • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa' • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa'; • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa'; • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa'; • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa' Peristiwa 10 Muharram 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?"Sabdanya :

1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram 12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan NabiIsa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram 15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
pada 10 Muharram 2 Peristiwa lain

1.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2.Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari
tentera Firaun. 6.Allah menjadikan 'Arasy.
7.Allah menjadikan alam.
8.Allah menjadikan Malaikat Jibril.