BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 28, 2009

kelebihan puasa eman hari di bulan syawal..

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat yg maha esa kerana telah memberi kita peluang sekali lagi untuk kembali semula ke kolej demi menyambung pelajaran selepas bercuti selama seminggu menyambut lebaran..kini dalam bulan syawal yang mulia ini,Allah telah memberi kita satu lagi peluang untuk kita meneruskan ibdah yang telah kita lakukan sepanjang ramadhan iaitu puasa..seperti yang kita semua sedia maklum, kita adalah disunatkan untuk berpuasa eman hari di bulan ini..tahukah anda semua apakah kelebihan dan ganjaran yang telah Allah sediakan untuk sesiapa yang berpuasa enam hari di bulan syawal? marilah kita bersama-sama berkongsi ilmu merenung cerita ini..


Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

Wednesday, September 16, 2009

Syawal Yang Kian Menjelang..

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah yang maha berkuasa kerana telah memberi kita kesempatan dan nikmat hidup untuk menjalani ibadah di bulan yang mulia bulan Ramadhan ini..setelah hampir sebulan kita menjalani ibadah puasa,Allah telah memberi kita ganjaran yang setimpal dengan mengurniakan bulan Syawal sebagai balasan atas ibadah yang telah kita lalui.. Allah telah menghadiahkan kita dengan kedatangn bulan Syawal yang pasti memberi segala kegembiraan kepada kita.
Kehangatan Idul Fitri semakin dirasai oleh kita semua dan seluruh umat Islam kerana ia merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada hamba-Nya yang dapat menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan yang akan berlalu dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Malahan galakan berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ketika umat Islam masih bergembira menyambut hari raya bagaikan suatu isyarat bahawa pemergian Ramadhan bukanlah bererti terhentinya proses dalam mendidik diri serta mengawal nafsu agar terus mengerjakan amal ibadah seperti berpuasa sunat, membaca al-Quran, bersedekah, menghadiri solat berjamaah di masjid atau surau dan sebagainya. Oleh itu, amat malang dan rugi bagi kita yang telah berjaya mendidik nafsu sepanjang tarbiah Ramadhan sekiranya kita kembali semula menjadi hamba kepada kehendak dan dorongan nafsu tersebut. Kerana itu, jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yang sentiasa menghidupkan suasana Syawal dengan perkara yang dikira ibadat di sisi Allah s.w.t dan bukannya dengan mencemari kesucian Syawal melalui amalan yang bercanggah dengan syarak. Bersesuaian hari raya sebagai hari kemenangan dalam mengekang nafsu sepanjang Ramadhan, maka janganlah kita kotorkan kembali diri kita dengan melakukan maksiat sehingga kita kembali menjadi kalah kepada hasutan nafsu dan syaitan. Kemenangan yang mesti dicapai ialah kejayaan dalam melahirkan diri kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa, bukannya sebagai manusia yang durhaka terhadap Allah s.w.t. Oleh itu, kita mesti teruskan segala proses tarbiah yang dilalui dan diterima sepanjang Ramadhan yang lalu pada bulan-bulan seterusnya. Begitu juga dalam kegembiraan dan kemeriahan menyambut hari raya janganlah kita lupa untuk merebut tawaran Allah s.w.t untuk sama-sama menunaikan ibadat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dimana kelebihannya seperti orang berpuasa sepanjang tahun dalam sabdanya yang berbunyi :


عَنْ اَبِىْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَ، عَنِ النَبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَتْ كَصِيَامِ الدَّهْرِ كُلِّهِ.


Maksudnya : “Daripada Abi Hurairah r.a., Dari Nabi s.a.w. katanya : Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian di ikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun ".

( H.R.Muslim )

oleh itu shabat semua,janganlah kita leka dan alpa dengan kegembiraan yang kita kecapi di bulan syawal. ini adalah kerana Allah menghadiahkannya adalah untuk kita terus menmbah amalan kita.Bulan Syawal adalah bonus yang Allah kurniakan tanpa meminta sesen pun daripada harta kita. Cuma apa yang perlu dilakukan hanyalah memberi sedikit keikhlasan dalam mengajar keredhaanNya..Renung-renungkanlah...

Wednesday, September 9, 2009

Membentuk belia mantap rohani, jasmani

Kitab suci al-Quran mengandungi banyak pengajaran dan pesanan. Satu daripadanya, supaya umat Islam bersikap bertanggungjawab terhadap generasi di kemudian hari dengan tidak meninggalkan mereka dalam keadaan yang lemah.

Pesanan ini terkandung dalam al-Quran yang mana Allah mengingatkan dan memesan kepada mereka yang dipertanggungjawabkan membahagikan harta pusaka supaya mengagihkannya secara adil dan saksama.

Ini bagi memastikan pembahagian itu tidak membawa penganiayaan dan kezaliman kepada mereka yang berhak terutama pengagihan membabitkan anak yatim dan golongan daif.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak yatim) oleh orang (yang menjadi penjaganya) yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak yang daif (yatim) di belakang mereka (tentulah) mereka bimbang terhadap masa depan dan keselamatan) anak, oleh itu maka hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang benar (menepati syarak)." (Surah al-Nisa', ayat 9)

Peringatan dan pesanan itu disampaikan Allah kerana ada sebahagian manusia yang bersikap tamak serta zalim dengan keputusan dalam urusan harta benda hingga membawa penganiayaan terhadap golongan lemah seperti anak yatim.

Dalam hubungan ini, Allah memberi pesanan terutama kepada penjaga harta pusaka dengan gambaran apakah mereka tidak berasa bimbang jika ditakdirkan pewaris itu ialah anak mereka?

Apakah tidak ada rasa bimbang terhadap keselamatan dan masa depan mereka jika generasi yang ditinggalkan dalam keadaan lemah? Pengajaran umum daripada pesanan al-Quran ini amat meluas sekali. Tentunya, pesanan ini tidak merujuk kepada golongan penjaga harta pusaka secara khusus.

Ia juga adalah peringatan kepada seluruh umat Islam supaya bersiap siaga dan memandang ke depan dalam merancang masa depan generasi yang mereka akan tinggalkan nanti. Umat Islam hendaklah sentiasa bertanyakan diri sendiri mengenai nasib anak mereka suatu hari kelak. Apakah anak mereka tergolong daripada kalangan generasi yang lemah atau kuat?

Semangat pengajaran ayat al-Quran itu harus menjadi pegangan seluruh umat Islam sempena sambutan Nuzul al-Quran tahun ini. Untuk itu, kita hendaklah menggolongkan diri di kalangan kelompok yang mengambil berat terhadap keselamatan dan masa depan generasi akan datang.

kepada sahabat-sahabat,ambilalh peluang di bulan yang mulia ini untuk menambah amalan kita disamping kita membantu golongan yang memerlukan..salam peringatan untuk dikongsi bersama..

Saturday, September 5, 2009

Bersahur Itu Berkat & Adab-adab Berbuka..

alhamdulillah telah selamat kita menunaikan ibadah puasa selama 15 hari..dalam tidak sedar,telah separuh bulan daripada bulan ramadhan yang mulia ini kita tempuh.setelah 15 hari kita melalui bulan ramadhan ini dengan ibadah puasa,sedarkah kita bahawa setiap perbuatan atau amalan yang kita lakukan iti tersirat berkat-berkat yang kita tidak ketahui..marilah kita bersama-sama berkongsi berkaitan tenta berkat amalan bersahur dan adab-adab semasa berbuka..

Dari Amr bin ‘Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: “Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur”.

Adab-adab Berbuka Puasa

1.

Diriwayatkan dari Anas r.a., ia berkata: “Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk.” (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakiem)
2.

Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih.” (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)
3.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, adalah Nabi s.a.w. selesai berbuka beliau berdo’a (ertinya): “Telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah.” (Riwayat Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)
4.

Diriwayatkan dari Anas, ia berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)