BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 22, 2009

Mencintai Makhluk hanya Kerana Allah

Alhamdulillah dapat kite bertemu lagi di coretan yang seterusnya. Sedar tak sedar kita semua dah hampir memasuki tahun baru masihi dan baru sahaja seminggu yang lepas kita semua telah menyambut tahun baru hijrah 1431. di kesempatan ini, kami barisan kepimpinan PERSEPSI ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru Akademi Pengajian Islam.

Di sini juga ingin saya berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan dengan gejala bercouple dalam kalangan mahasiswa mahasiswi sekarang. tetapi bukanlah nasihat berkaitan cinta, hanya sedikit pandangan yang mungkin boleh diambil iktibar oleh kita semua bersama.

Inilah ukuran seseorang yang sememangnya mencintai Allah s.w.t., iaitu tidak mencintai selain Allah s.w.t. melainkan hanya kerana Allah s.w.t., begitu jugalah cintanya kepada Rasulullah s.a.w., iaitu kerana Allah s.w.t..

Sesiapa yang mencintai selain Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t., maka cintanya pada sesama makhluk adalah denganNya (dengan bantuanNya). Sesiapa yang mencintai selain Allah s.w.t. kerana selain Allah s.w.t., maka cintanya pada sesama makhluk adalah adalah dengan nafsu dirinya sendiri, yang membuatkan dirinya semakin jauh daripada Tuhannya, dan membuatkan hatinya semakin sakit dengan penyakit kelalaian daripada mengingatiNya.

Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah s.w.t. akan dinaungi oleh Allah s.w.t. di Akhirat kelak. Sabda Nabi s.a.w.:

وقال صلى الله عليه وسلم: "ان الله تعالى يقول يوم القيامة:أين المتحابون بجلالى ؟ اليوم أظلهم فى ظلى يوم لا ظل إلا ظلى"
رواه مسلم.

Maksudnya:

Sesiungguhnya Allah s.w.t. berfirman pada hari Kiamat kelak: "Manakah golongan yang saling cintai mencitai sesana dengan (sebab) keagunganNya. Hari ini Aku akan naugi mereka pada naunganKu pada hari yang tiada naungan padanya" (hadith riwayat Imam Muslim)

Hadith ini menceritakan tentang golongan orang-orang yang saling berkasih sayang kerana Allah s.w.t.. Maksud saling berkasih sayang kerana Allah s.w.t. adalah, matlamat hubungan samada ukhuwwah, kekeluargaan mahupun rumahtangga adalah demi meraih redha Allah s.w.t. daripada jalinan-jalinan sesama makhluk tersebut.

0 comments: