BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 14, 2009

AGENDA API SEPANJANG AWAL SEM BARU INI....

seperti yang saudara saudari sekalian sedia maklum,API telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang sem yang baru bermula 15 Jun 2009...alhamdulillah,setakat ini kesemua pelajar API yang terdiri daripada DUUS,DPIK,DPPI,DPSM,DKS,DSI,STAM,DTQ dan DU semua telah mengambil bahagian....

pada 22 Jun 2009, pelajar API telah berkumpul di fakulti pada awal pagi lagi kerana tidak sabar-sabar untuk mengambil keputusan peperiksaan yang telah dikeluarkan oleh hari itu..pelbagai gelagat dan telatah dapat disaksikan apabila mereka mendapat tahu keputusan masing-masing..ada yang gembira,ada yang sedih,ada yang frust dan ada juga yang macam xde perasaan je...selepas itu, pelajar-pelajar telah pergi ke pejabat pensyarah masing-masing untuk mendaftar subjek..

pada 24 Jun 2009, Persepsi telah menjalankan aktiviti gotong royong fakulti..acara bermula seawal jam 9pagi..walaupun pada pagi hari tersebut hujan turun dengan renyai-renyai,namun ia tidak mematahkan semangat kesemua pelajar API yang terlibat..antara aktiviti yang dilakukan semasa gotong royong itu adalah membersihkan bilik-bilik kuliah dan dewan seminar yang terdapat di dalam kawasan API meliputi bahagian KDIAM dan FPI yang lama..seterusnya, sebahagian daripada pelajar juga telah diamanahkan untuk membantu staf-staf dan pensyarah API untuk mengemas bahagian pejabat pentadbiran API dan bilik-bilik pensyarah..terdapat kuih dan air percuma disediakan untuk para pelajar..aktiviti tersebut berakhir kira-kira jan 12 tengah hari..........

0 comments: