BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 30, 2009

gerai persepsi sempena sambutan minggu bahasa..


mungkin ade di antara anda semua yg tidak sedar persatuan siswa siswi akademi pengajian islam ada membuka gerai gerai sempena sambutan minggu bahasa yang telah diadakan bermula 21-23 julai yang lepas..alhamdulillah gerai tersebut mendapat sambutan yg menggalakkan daripada pelnggan..gerai tersebut ada menjual minuman berkabonat,isotonik,rozel dan tidak dilupakan juga air mineral..
antara makanan yang telah mendapat sambutn hangat daripada student KUIM ialah,sosej,nugget,roti ais krimdan juga kentang goreng..diharap aktiviti2 seperti ini apabila dianjurkan akan mendapt sambutan yang menggalakkan daripada anda semua ye...majulah API!!

cuti..cuti..cuti...

seperti yang pelajar kuim semua sedia maklum,bahawa kolej kita telah ditutup selama seminggu atas sebab2 tertentu..maka seluruh warga kolej termasuklah pensyarah akan bercuti..oleh itu dlm mase2 cuti ni,isi lah masa lapang anda semua dengan aktiviti yg berfaedah..dan yang paling penting sekali ialah jagalah kesihatan skang ni sebab penularan virus infkuenza A H1N1 telah semakin meluas dlam negeri melaka ni..yg terbaru SMK Tun Perak, Jasin pun baru je dpt cuti siang td selama seminggu.. so kepada anda semua diluar sana,jaga2 lah kesihatan anda...insya Allah semua akan balik semula ke kolej pada 2 ogos dan semua pembelajaran akan disambung semula pada 3 ogos..jgn lah pandai2 bk smbung cuti ye..heheh

Wednesday, July 22, 2009

PERTANDINGAN MEREKA NAMA DAN LOGO PERSATUAN PELAJAR SISWA SISWI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

Sertai pendaftaran..

HARI: KHAMIS

TARIKH: 23 JULAI 2009

MASA: 9.00 pagi – 3.00 petang

Tempat: lobi akademi pengajian islam



CIRI-CIRI LOGO:

- BERSAIZ A4

-BERBENTUK ISLAMIK (sesuai dgn fakulti)



CIRI-CIRI NAMA PERSATUAN:

-SINGKATAN TERDIRI DARI TIGA SUKUKATA @ HURUF

JAWATANKUASA EXCO ICT AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

PENGERUSI
Siti Aishah Binti Halis

NAIB PENGERUSI
Syed Muhammad Firdaus Bin Syed Abdul Rahman

SETIAUSAHA
Syairah Binti Arifin

TIMBALAN SETIAUSAHA
Nurrul Farhana Binti Jamaludin

BENDAHARI
Muhammad Ramadie Bin Jeperi

AJK TUGAS KHAS
Alif Afiq Bin Yusup

Tuesday, July 14, 2009

AGENDA API SEPANJANG AWAL SEM BARU INI....

seperti yang saudara saudari sekalian sedia maklum,API telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang sem yang baru bermula 15 Jun 2009...alhamdulillah,setakat ini kesemua pelajar API yang terdiri daripada DUUS,DPIK,DPPI,DPSM,DKS,DSI,STAM,DTQ dan DU semua telah mengambil bahagian....

pada 22 Jun 2009, pelajar API telah berkumpul di fakulti pada awal pagi lagi kerana tidak sabar-sabar untuk mengambil keputusan peperiksaan yang telah dikeluarkan oleh hari itu..pelbagai gelagat dan telatah dapat disaksikan apabila mereka mendapat tahu keputusan masing-masing..ada yang gembira,ada yang sedih,ada yang frust dan ada juga yang macam xde perasaan je...selepas itu, pelajar-pelajar telah pergi ke pejabat pensyarah masing-masing untuk mendaftar subjek..

pada 24 Jun 2009, Persepsi telah menjalankan aktiviti gotong royong fakulti..acara bermula seawal jam 9pagi..walaupun pada pagi hari tersebut hujan turun dengan renyai-renyai,namun ia tidak mematahkan semangat kesemua pelajar API yang terlibat..antara aktiviti yang dilakukan semasa gotong royong itu adalah membersihkan bilik-bilik kuliah dan dewan seminar yang terdapat di dalam kawasan API meliputi bahagian KDIAM dan FPI yang lama..seterusnya, sebahagian daripada pelajar juga telah diamanahkan untuk membantu staf-staf dan pensyarah API untuk mengemas bahagian pejabat pentadbiran API dan bilik-bilik pensyarah..terdapat kuih dan air percuma disediakan untuk para pelajar..aktiviti tersebut berakhir kira-kira jan 12 tengah hari..........

Penggabungan yang telah lama dinantikan..

alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin limpah kurnianya, Fakulti Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Melaka telah bergabung bersama Kuliyyah Dirasat Islamiah Arabiah (KDIAM) untuk membentuk sebuah Akademi Pengajian Islam...melalui penggabungan ini juga, kesemua staf-staf serta persatuan pelajar FPI iaitu PERSEPSI telah bergabung dengan persatuan pelajar dari KDIAM iaitu PERSIDA..penggabungan kedua-dua persatuan ini juga telah mewujudkan satu lagi pilihanraya kecil bagi Akademi Pengajian Islam yang telah diadakan pada 10 Julai 2009...dan keputusan dari pilihanraya tersebut telah diumumkan pada malam itu juga...dan saf-saf kepimpinan baru ini akan memulakan tugas mereka bermula dari minggu ini...segala laporan mengenai penggabungan antara dua fakulti ini akan disiarkan didalam blog ini secepat mungkin..begitu juga dengan saf-saf kepimpinan yang baru dilantik...diharap kepada semua pelajar-pelajar dan bekas pelajar API dapat bersabat untuk beberapa ketika dan terus manyokong persatuan peklajar bagi Api..sekian...wassalam....