BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 4, 2008

Nabi Isa penerus syariat dibawa Rasulullah

Muhammad Rasul terakhir, penurunan al Maseh tegakkan agama Islam

Soalan:
NABI Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul terakhir yang diutuskan Allah kepada umat manusia. Apakah hukumnya jika seorang Islam masih ragu-ragu dengan menyatakan bahawa Allah SWT akan menurunkan seorang lagi nabi pada akhir zaman ini.

Saya pernah mendengar ceramah menyatakan bahawa pada akhir zaman nanti sebelum berlaku kiamat, Nabi Isa akan diturunkan ke dunia untuk mengembalikan umat Islam ke jalan kebenaran. Adakah ini benar atau kepercayaan karut?

Nurhaliza Yusof,
Batu Kawan, Pulau Pinang.

Jawapan:
UMAT Islam wajib beriman bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah al-Ahzab 33, ayat 40 yang bermaksud: "tetapi Baginda adalah Rasul Allah dan kesudahan segala nabi."

Mengenai penurunan Nabi Allah Isa as pada akhir zaman, ia adalah benar. Kenyataan ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra: yang bermaksud: "Demi Tuhan diriku di tangan-Nya, sesungguhnya telah dekat waktunya (kiamat), akan diturunkan di kalangan kamu Ibn Maryam yang akan menghukum dengan adil.

Maka Baginda akan memecahkan salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah (harta benda melimpah ruah sehingga tiada seorang yang memerlukannya). Sehingga semua sekali sujud kepada Allah adalah lebih baik daripada dunia dan isinya".

Kemudian Abu Hurairah menjelaskan satu ayat dalam Surah an-Nisa' 4: ayat 159 bermaksud : "Dan tidak ada seorang pun daripada kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) melainkan mereka akan beriman kepadanya (Nabi Isa as) sebelum wafat Baginda, dan pada Hari Kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perlu diingatkan bahawa penurunan Nabi Isa as pada akhir zaman bukan membawa syariat baru, tetapi Baginda meneruskan syariat Nabi Muhammad SAW yang menjadi syariat terakhir sehingga hari kiamat.

0 comments: