BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 4, 2008

Keramat hanya dimiliki ketika hidup

Persoalan Agama: Keramat hanya dimiliki ketika hidup


Soalan:
SAYA ingin tahu mengenai kisah luar biasa atau keramat yang diberikan oleh Allah SWT kepada wali. Apakah kedudukan sebenar keramat dalam Islam.

Nur Hisham Ali,
Kajang, Selangor.

Jawapan:
WALI pada perkataannya bermakna dekat. Maka, satu daripada pengertiannya ialah orang yang taat mengerjakan perintah Allah, mencintai Allah dan sentiasa menghampirkan diri kepada Allah dengan amal ibadatnya.

Karamah ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada hamba Allah SWT yang beriman dan sentiasa taat kepada-Nya dan perkara luar biasa itu tidak bertentangan dengan syarak.

Contohnya kisah Khalifah Umar ibn al-Khattab. Pada suatu hari beliau sedang berkhutbah di atas mimbar masjid di Madinah, tiba-tiba beliau seakan-akan melihat tenteranya dikepung musuh.

Umar pun berteriak: "Naiklah ke atas bukit". Teriakan itu dapat didengari pasukan tenteranya, lalu mereka naik ke atas bukit. Selepas askar itu kembali daripada peperangan dengan memperoleh kemenangan, mereka menceritakan apa yang berlaku itu kepada orang Islam di Madinah. Maka masing-masing mengetahui betapa Allah SWT mengurniakan karamah kepada Saiyidina Umar tanda memuliakannya.

Perlu juga diingatkan bahawa karamah harus berlaku kepada orang yang hidup dan tidak kepada orang yang sudah meninggal dunia. Ia adalah anugerah Allah SWT sebagai kelebihan dan keutamaan kepada hamba-Nya yang taat.

Bagaimanapun, perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang boleh juga disebabkan sihir, istidraj dan maunah.

Menurut pandangan Islam kepercayaan kepada keramat kubur, keramat orang yang melakukan dosa besar atau membiasakan dosa kecil atau keramat pokok kayu adalah khurafat. Kepercayaan yang sedemikian adalah syirik.

0 comments: